Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam namun seringkali menimbulkan perbahasan dan "tentangan" terutamanya di kalangan wanita.
"Siapa sanggup berkongsi kasih, apa sudah pupus ke lelaki dekat dunia ini?"
"Tak cukup ke ada satu sampai nak tambah lagi cawangan baru?"
" Kalau bab poligami, kaum lelaki laju je nak ikut syariat tapi bab nafkah semua tu mampu ke berlaku adil?"
Itulah antara contoh rungutan yang biasa kita dengar dari kaum wanita setiap kali berbicara tentang poligami. Namun bukanlah semua wanita menolak poligami, ini terbukti dengan pelbagai perkongsian kisah pasangan yang hidup bermadu mampu kekal bahagia.
Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan nama Nurul Zahid juga ada berkongsi luahan hati tentang hidup berpoligami.
Untuk info, anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu baru sahaja bergelar isteri buat kali kedua pada bulan Jun lalu bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff.
Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau ada berkongsi coretan luahan hati di salah satu gambar bersama isteri pertama suaminya (madu) yang di muat naik beberapa hari lalu.
Kredit foto - Instagram nurulzahid
“…tak semua perempuan bernasib baik seperti kami. Ini adalah salah satu memori yg kami rakamkan selepas selesai acara akad nikah sy dan suami, yg pada mulanya utk simpanan peribadi kerana takut disalah mengertikan tentang perkongsian berpoligami.
Alhamdulillah, sy dijodohkan dgn madu atau kakak yang ikhlas dan memahami dan kakak juga bersyukur akan jodohnya dengan sy yg ‘sekepala’ dgnnya. Percaturan Allah sangat hebat.!
Sebenarnya peranan suami dalam mendidik isteri amat besar, begitu juga pengalaman diri dan latar belakang keluarga. Tak sabar rasanya utk sy berkongsi perjalanan hidup sy yg mengubah persepsi dlm berkongsi kasih ini. Bila sy sendiri melayari bahtera rumahtangga ini bersama suami dan kakak, tak tercapai dek akal atau tidak pernah terlintas bahawa sy mampu membawa diri dan kasih sayang sejauh ini.
Sedikit perkongsian yg sy tidak pernah dedahkan .. Perkara pertama atau ayat pertama yg keluar dari mulut sy bila pertama kali berjumpa kakak ..”Kak, maafkan Nurul sebab berkawan dgn suami akk” (walaupun ketika itu sy dan suami tidak dikategorikan sebagai bercinta / tidak bercinta lagi) ..
Ikhlasnya, suami memberitahu kakak niat utk memperisterikan sy dan murninya kakak menerima pelawaan sy utk berjumpa empat mata pd ketika itu. Tidak salah jika antara kita (wanita) terlanjur menyayangi lelaki yg sudah berkahwin tetapi kita perlu BERBAHASA dan tahu bagaimana utk tidak menambah kelukaan pd sebelah pihak yg sudah tersedia lukanya.
Kesimpulannya, hormati kasih sayang yg Allah kurniakan dan jangan ‘lokek’ meminta maaf samada wujudnya salah atau tidak. Terima kasih suami, terima kasih kakak kerana sudi menjadikan Nurulhidayah sebahagian daripada hidup kalian.
Inshaa Allah, nantikan perkongsian sy lagi. Ingat, ber’bahasa’lah. Ia tidak menjadikan kita miskin malah Allah memberikan kekayaan jiwa pd kita. Inshaa Allah ,” tulisnya.
Kredit foto - Instagram nurulzahid
Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang ketiga di dalam hidup namun alangkah indahnya hidup berpoligami jika si suami mampu berlaku adil dan isteri-isteri (madu) juga saling memahami seperti kisah yang dikongsikan oleh Nurul ini.
Sama-sama kita doakan kebahagiaan yang dikecapi oleh Nurul sekeluarga kekal hingga ke Jannah. Semoga perkongsian baik tentang keakraban dengan madunya dapat dijadikan contoh buat semua pasangan yang hidup bermadu. - CARI
|