CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 12

Pelarian Rohingya Tidak Akan Dipindahkan Ke Sarawak- Kabinet

[Copy link]
Post time 14-9-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode


sumber : internet



Kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara ini tidak akan dipindahkan ke Bau dan Serian, Sarawak seperti tular di media sosial.


Memetik laporan Bernama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata jaminan tersebut diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung kelmarin.

“Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak merupakan berita palsu dan meminta semua pihak tidak mempercayainya."


Sementara itu, beliau turut menggesa supaya mana-mana pihak yang menerima berita palsu ini melalui media sosial segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dilakukan.


Untuk rekod, mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut subseksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.- CARI



sumber : internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 11:52 AM | Show all posts
letak kat putrajaya

senang skit menteri dan pegawai kerajaan nak kutip pahla
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala....tak pe je diorg fly pergi sarawak kan....pakei belon jak sidaknya ngecoi ke Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesai dah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:45 PM | Show all posts
nobito replied at 14-9-2017 12:42 PM
Ala....tak pe je diorg fly pergi sarawak kan....pakei belon jak sidaknya ngecoi ke Sarawak :loveline ...


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:55 PM | Show all posts

Selesai..

yg x puas hati..boleh sambung meroyan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 01:57 PM | Show all posts
So... tutup kes. Tambah besar la pahala negeri lain sebab sarawak tak mahu ambil pahala tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:01 PM | Show all posts
zach2008 replied at 14-9-2017 01:57 PM
So... tutup kes. Tambah besar la pahala negeri lain sebab sarawak tak mahu ambil pahala tersebut


Setuju!

Time la leh buat kempen..apa nama..mari kumpul pahala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 02:03 PM | Show all posts
zach2008 replied at 14-9-2017 01:57 PM
So... tutup kes. Tambah besar la pahala negeri lain sebab sarawak tak mahu ambil pahala tersebut

Kenapa KELANTAN tak mahu pahla ni, nak beri semua kat
SELANGOR dan LANGKAWI.........???????
Bio betul!!!!!..........kata nak tolong sesama Isle.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:18 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 14-9-2017 02:03 PM
Kenapa KELANTAN tak mahu pahla ni, nak beri semua kat
SELANGOR dan LANGKAWI.........???????
Bio  ...

Kelantan boleh gantikan warganya yg keluar kerja kat luar kelantan. Balik raya bolehla dia org tengok jiran2 mereka rohingya nih.
Apa yg aku baca sblm nih, Rohingya ni asalnya mmg bukan dari Mynmar. Immigrant. Sebab tu Mynmar tak perakukan mereka. Tapi slps lama menetap, mereka nak status warganegara. Jadi apa bezanya kalau mereka dibenarkan tinggal di Malaysia. Generasi pertama mungkin sedar diri, tapi generasi selepasnya. Tak mustahil mereka nak status warganegara. Kalau tak pun, method yg digunakan geng pakistan, bangla, indon yg kawin dgn org tempatan pun boleh diguna pakai.

Pelarian UNHCR yg ada kat malaysia ni pun dah berapa ramai... membiak dan beranak pinak. Bagi bantuan tanpa perlu memberi mereka penempatan di negara ni tak boleh ke?

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:20 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 14-9-2017 02:01 PM
Setuju!

Time la leh buat kempen..apa nama..mari kumpul pahala..

Dgn PATI pun tak terkawal, nak tambah beban lagik... oh Malaysiaku. #kitasamahero
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakla rohingya yg ada kat sini. Kesian tu kesian la kena genocide tapi memang perangai menyusahkan org. Dah tau org benci kaum kau pun tak berubah lg, benda memang darah daging agaknya. Dibagi peluang, buat jgk perangai. Agaknya sendiri nak fikir kenapa org benci sampai nak bunuh kaum kau pun still tak boleh hadam lagi ek..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju letak kt putrajaya coz ramai aja orang melayu dari kampung mengaku org kl tinggal kt sana senang nak blend in tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065596 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list