View: 2505|Reply: 12
|
Nak Bersedekah Tapi Masih Tak Tahu Bagaimana? Ini 10 Teknik Mudah Bersedekah
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
Salah satu nikmat hidup apabila melihat insan yang serba kekurangan tersenyum bahagia atas pertolongan kecil yang diberikan. Jadi jom kita perbanyakkan bersedekah.
Segmen seterusnya ini saya ingin berbicara tentang sedekah. Kebaikan yang amat dituntut dalam Islam dan juga agama lain kerana kesenangan yang kita kecapi biarpun dengan usaha keringat yang tidak pernah mengenal putus asa, sebahagiannya adalah hak orang lain. Inilah hakikat yang kita perlu akui. Dan disebabkan itu juga, sekiranya kita sedari, akui dan seterusnya menyampaikan hak tersebut kepada yang berhak, maka telah dijanjikan dengan balasan yang besar sekiranya kebaikan tersebut ikhlas ingin membantu kerana Allah SWT.
Sesiapa berbuat kebaikan, mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang, dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi).
(Al-An’am 6: 160)
Cumanya, kita perlu sentiasa bersedia dengan ujian dan dugaan apabila berbuat kebaikan. Dugaan besar adalah bisikan yang menyelinap masuk ke dalam hati kita yang boleh menjadikan amalan bersedekah itu tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah SWT. Ianya adalah perasaan riak seperti perkongsian saya di segmen sebelum ini.
Bersedekah ini sebenarnya mempunyai pelbagai cara dan teknik agar si pemberi dan penerima mendapat manfaat yang sepatutnya. Di sini untuk memudahkan para pembaca meneliti satu persatu, saya akan senaraikan dengan sedikit ulasan :
(1) Untuk bersedekah adalah lebih afdal jika ianya berlaku tanpa ada perancangan sebelumnya untuk bersedekah. Kenapa? Agar tempoh niat dan perlakuan itu berlaku dengan pantas sehinggakan hati kita tidak sempat untuk dibayangi dengan perasaan riak.
(2) Jika semasa bersedekah, terdetik di hati agar orang lain melihat amalan kita, teruslah beristighfar dan ucapkan “kerana Allah SWT” berulang kali. Amalan ini akan mudah menepis bisikan-bisikan syaitan yang cuba menjadikan amalan kita sia-sia.
(3) Apabila hadir seseorang meminta sedekah, elakkan berfikir panjang sama ada orang ini memerlukan atau tidak kerana ia boleh menimbulkan syak wasangka yang mencetuskan perlakuan yang tidak ikhlas.
(4) Amalkan sedekah setiap hari dan jadikan amalan harian ini sebagai amalan yang wajib.
(5) Sedekah yang tinggi nilai dan nikmatnya apabila kita bersedekah dalam keadaan kita dalam serba kekurangan.
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda
“ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah…”
(6) Pilihlah NILAI YANG PALING TINGGI dalam saku atau dompet kita apabila kita bersedekah. Adakah anda yakin dengan janji Allah, apabila bersedekah satu, akan dibalas dengan 10 kali ganda, adakah anda yakin? Jika yakin, cuba amalkan kaedah bersedekah ini.
(7) Memberi makan kepada binatang juga sebahagian daripada sedekah. Sebagai contoh kebiasaannya seperti kucing. Sering kali apabila kita makan di restoran, datang seekor kucing menguis-nguis kaki meminta makanan. Usah dihalau kerana Allah SWT telah memilih kita untuk diberikan rezekiNya melalui kucing. Jadi apalah salahnya, kita belikan nasi dan digaulkan dengan seekor ikan. Tidak pun sampai RM3.00. Lebih afdalnya jika kita telah jadikan rutin harian sehari sekali memberi makan kepada si comel ini.
(8) Amalkan zikir rezeki selepas solat seperti :
Ya Allah – 5000 X selepas Isyak – rezeki yang tidak disangka
Ya Aziz (33X)– Perolehi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka
Ya Basit (33X) - Lapang dan luas rezeki dan ilmu-
Ya Razzak & Ya Fattah (33X) - Segala usaha akan berjalan lancar dan rezekinya dimudahkan Allah SWT
(9) Amalkan (33X)
(10) Memberi makan kepada orang lain. Tidak terhad kepada orang miskin tetapi juga kepada keluarga kita, saudara mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Jadi selepas ini, sekiranya anda keluar minum bersama rakan-rakan, jangan tunggu siapa bangun dulu untuk membayar dengan harapan rakan-rakan akan belanja. Rugi kita sebenarnya.
Kesimpulannya wahai pembaca budiman, tutup sahaja sebelah mata dan teruslah bersedekah sambil sedekah tangan kanan kita langsung tidak diketahui tangan kiri kita. InsyaAllah nikmatnya begitu besar di dunia mahupun di akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah. Semoga bermanfaat untuk saya dan kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanafaat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the reminder. Senyum dan doa jugak sedekah, free aje. Selalu2 la kita senyum kat kawan2 and doakan sesiapa saja yg terlintas di hati |
|
|
|
|
|
|
|
pagi2 bangun tidur, sedekahkan alfatihah kpd kedua ibu bapa kita. .kpd sesiapa shj xkira hidup atau dah meninggal. .insyallah, rezeki bertambah. . |
|
|
|
|
|
|
|
mudahnya nak buat pahala. jangan pernah kedekut lagi2 bab makanan, berganda2 kita dpat blik nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, mudah nya nak dpt pahala. Tp kadang kita lalai and lupa. Terima kasih for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
kucing dia datang kat kite mintak makanan maksudnye ade la tu rezeki Allah nak bg lg kat kite dgn ...depend plak layanan kite terhadap kucing td... kucing dtg mintak makanan kat kite ade maksud yg tersembunyi yg mungkin ramai tak tahu....
ade satu cerita nabi dgn kucing...betapa sayang n kasih nye nabi kat kucing...
pernah satu ketika kucing tdur dekat jubah nabi... nabi tak sampai hati nak halau kucing tu sampai nabi sanggup potong bahagian jubah dia yg kucing tu tdur td,....
Allahurobbi dapatkah aku,kite semua ikut seperti nabi...
lagi satu... kalau bab makan kalau ade kucing nabi bagi kucing tu makan dulu... kalau kucing tu dah pergi atau da kenyang baru la nabi makan ...tapi bukan la lebihan sisa kucing td..harap paham la situasinya tu ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Tak hanya nabi, istri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
siskepoh replied at 21-9-2017 05:13 PM
mudahnya nak buat pahala. jangan pernah kedekut lagi2 bab makanan, berganda2 kita dpat blik nnti
Aku nak tanya satu soalan. Kalaulah pahala tak wujud, adakah kita semua akan buat perkara-perkara yang baik? Salah satunya bersedekah. Adakah kita bersedekah sebab nakkan pahala? Cuba kalau tak ada pahala, kita nak buat tak rasa-rasanya? Sepatutnya kita buat sesuatu amalan tu ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eizarz at 22-9-2017 04:15 PM
SecretLuv: Aku nak tanya satu soalan. Kalaulah pahala tak wujud, adakah kita semua akan buat perkara-perkara yang baik? Salah satunya bersedekah. Adakah kita ber ...
cuba kalo ko pikir lak, kau keje tanpa mengharap kan gaji..jgn tanya benda yg mengarut boleh tak |
|
|
|
|
|
|
|
maybe kita boleh cuba utk kurangkan fikir tentang ganjaran selepas bersedekah, dan sebaliknya bersedekah kerana ikhlas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|