[size=0.75em]Anwar Ibrahim.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Konvoi yang membawa pegawai penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat. [size=0.98em]Peguamnya, R. Sivarasa berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dekat Saujana Utama, Sungai Buloh. [size=0.98em]"Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. [size=0.98em]Sivarasa berkata, insiden berlaku selepas pegawai penjara yang memandu kereta bagi membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan.
[size=0.98em]Tambahnya, kereta yang membawa Anwar mengalami kerosakan. [size=0.98em]Bagaimanapun kata Sivarasa, Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan itu. [size=0.98em]"Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh," katanya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... TAuXftVCVOh3DSJJ.99
|