View: 1163|Reply: 2
|
Yingluck Shinawatra Dijatuhkan hukuman Penjara 5 Tahun Kerana Salah Guna Kuasa
[Copy link]
|
|
sumber : mStar
Mahkamah Tinggi Thailand hari ini mengumumkan keputusan kes tuduhan salahguna kuasa dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang dihadapi bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.
Yingluck dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan tersebut tanpa kehadirannya di mahkamah.
Memetik laporan Bangkok Post, Yingluck dituduh membeli padi dengan harga satu kali ganda lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga menyebabkan kerugian kewangan negara yang mencecah lebih 3,053 juta bath atau bersamaan RM386 juta.
Pada asalnya mahkamah ingin mengumumkan keputusan berhubung kes tersebut pada 25 September lalu, namun Yingluck tidak hadir ke mahkamah dengan alasan kurang sihat.
Oleh kerana itu, mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan sehingga hari ini iaitu Rabu.
Dia dikatakan melarikan diri ke luar negara dan kini berkemungkinan besar berada di Britain untuk mendapatkan lindungan politik daripada kerajaan Britain.
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha ketika ditemubual kelmarin berkata, pihak berkuasa tahu di mana Yingluck berada tetapi tidak akan mendedahkan lokasinya sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan pada 27 September ini iaitu hari ini.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
yg korup tu mak yg dijulang2 penjuang demokrasi atau anak dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
So lepas court dah umum hukuman harini, location beliau akan di reveal kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|