View: 11265|Reply: 85
|
[Tempatan]
King of the Highway : Myvi baru generasi ke-3 macam mini cooper? Jom tarik loan
[Copy link]
|
|
Perodua Myvi merupakan model segmen B keluaran Perodua terlaris di Malaysia sejak tahun 2006. Perodua Myvi terkenal dengan ketangkasannya dijalanraya, reka bentuk yang ‘sporty’ dan kereta yang jarang menimbulkan masalah. Dipercayai kerana faktor ini, Myvi terus menjadi kegilaan anak muda pada masa kini.
Perodua Myvi yang berada didalam pasaran ketika ini adalah model generasi ke- 2 yang dilancarkan pada tahun 2011. Ini bermakna sudah hampir 5 tahun berada di dalam pasaran dan sudah sampai masanya diganti dengan model baru.
Namun semuanya bergantung pada pihak Perodua sama ada mahu mengeluarkan Myvi Generasi ke-3 atau tidak. Sekiranya ada, Jom kita lihat rupabentuk dan spesifikasi Passo/Boon ini yang mungkin akan menjadi model baru kereta Perodua Myvi Generasi ke-3 di pasaran Malaysia nanti.
Kami juga sempat bertanya kepada Perodua adakah akan ada kejutan pada tahun ini, mungkin pengenalan Myvi 2017.Ini ialah jawapan daripada Perodua. “Tunggu la, kalau ada kami akan umumkan nanti.”Nampak gaya pihak Perodua masih mengunci mulut mengenai kehadiran Myvi 2017 itu. Namun berdasarkan sumber risikan yang kami terima, model kompak dengan julukan King of the Highway itu kini sudah ada pengganti baharu.- pandulaju
Passo/Boon = Myvi
Toyota Passo didatangkan dengan dua varian iaitu X dan Moda manakala Daihatsu Boon dengan varian X dan Cilq. Passo/Boon ini berukuran 1,665 mm lebar, 1,525 mm tinggi dan jarak roda 2,490 mm. Ini bermakna ia dipanjangkan sebanyak 50 mm berbanding model Myvi sekarang ini (2,450 mm).
Passo/Boon ini dilengkapi dengan enjin 1.0 liter (1KR-FE tiga-silinder) yang mampu memberikan kuasa 69 PS pada 6,000 rpm dan 92 Nm pada 4,400 rpmdan dipadankan dengan transmisi CVT serta dengan pilihan pacuan roda hadapan 2WD (kecekapan bahan api 28.0 km/L) atau pacuan empat roda AWD (kecekapan bahan api 24.4 km/L).
Antara ciri-ciri utama yang lain, model baharu ini lebih ringan, struktur badannya dengan ketegaran lebih tinggi dan suspensi yang dipertingkatkan,
Model Toyota Passo X dan Daihatsu Boon X (variant spesifikasi rendah)
Model Toyota Passo Moda dan Daihatsu Boon Cilq (variant spesifikasi tinggi)
Untuk keselamatan, Passo/Boon
1. Dilengkapi dengan dua beg udara (varian spesifikasi rendah)
2. Sistem ABS serta EBD
3. Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dan juga Kawalan Cengkaman.
4. Smart Assist
Myvi 3rd Generation
Sekiranya Perodua memilih untuk meneruskan kesinambungan model Myvi, maka dengan pelancaran model Passo/Daihatsu baharu ini akan menjadi model rebadge model baru kereta Perodua Myvi generasi ke-3 pastinya proses pembangunan sudah pun bermula.
Namun seperti yang kita semua sedia maklum, pasti jurutera Perodua akan membuat sedikit perubahan rekabentuk terutama bahagian hadapan dan belakang bagi menjadikan ia lebih segar dan berbeza untuk pasaran Malaysia.
Mungkinkah begini rupabentuk Myvi 2017 (3rd Generation) – gambaran oleh theophiluschin.com
Perodua Myvi generasi ke-3 ini juga mugkin akan dikenali dengan kod D20N mungkin tidak akan menggunakan enjin dan spesisifikasi yang serupa dengan Passo/Boon kerana seperti yang kita ketahui, Myvi dikuasakan oleh enjin 1.3L dan 1.5L.
Namun yang menariknya, mungkin juga ia merupakan model pertama Perodua yang akan menggunakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II yang sebelum ini telah diwartakan menjadi kit keselamatan wajib untuk setiap kereta di Malaysia mulai tahun 2020.
Diharapkan juga Perodua mengekalkan kesemua ciri-ciri keselamatan yang lain agar Myvi Baru ini lebih selamat serta berkualiti tinggi dan pada tanda harga yang lebih rendah!
Apapun, semuanya masih samar-samar.
Selamat berteka teki.
|
|
|
|
|
|
|
|
seat dia nmpak kejung, xselesa |
|
|
|
|
|
|
|
@molan
tggu kete ni keluar...kawan aku kat technical depart perodua ckp kualiti dia begini |
|
|
|
|
|
|
|
jgn judge base on 'nampak' sahaja......try duduk dan pandu baru layak komen...ok
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam krisis identiti antara kelisa ngan viva jek |
|
|
|
|
|
|
|
wow quite nais jugak eh!
bila launch? |
|
|
|
|
|
|
|
dashboard menarik..
nampak kelainan la ckit myvi baru ni..
hope zulka pny kwn tu ckp yg benar |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut aku tengok sekali imbas. Ingat suzuki karimun nak masuk sini tadi. Haha.
Bagus la. Bawah toyota ni harap jaga kualiti. Semoga anak melayu yang cabut sign myvi dan letak posso ni sebelum ni, mampu la beli yang ni pula. Tak perlu nak cabut2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya muncul
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan posso dik....
passo
|
|
|
|
|
|
|
|
cun jugak.. nmpak comel sngt mcm kete pempuan |
|
|
|
|
|
|
|
mmg xde nafikan bwk myvi xbest pun..penah je drive myvi mmg best but not yet the latest one yg ni
im sure the engine must be good tho
|
|
|
|
|
|
|
|
zulka replied at 27-9-2017 04:35 PM
bukan posso dik....
passo
maap bang. Tersilap taip. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nampak hodoh ja? Myvi sekarang lgi hensem kot! |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Seat mesra jimak??
|
|
|
|
|
|
|
|
tak trpikir lak ke situ
|
|
|
|
|
|
|
|
chacon replied at 27-9-2017 04:47 PM
Seat mesra jimak??
Bestnya.. boleh tido atau letak kaki bila berhenti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|