Ketua sayap pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa disogok RM5 juta untuk meninggalkan parti dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.
Memetik The Malaysian Insight, Syed Saddiq mendakwa tawaran RM5 juta itu dibuat oleh 'penasihat kanan perdana menteri' dan kenyataan itu dibuat pada sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Foto: The Malaysian Insight
"Semua ini dirancang penasihat kanan (Perdana Menteri) Najib Razak.
"Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.
"Saya tidak akan tinggalkan Bersatu dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini," katanya.
Menurutnya, 'umpan' itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia. Malah, Syed Saddiq menegaskan dia bukan bercakap kosong kerana ada semua bukti operasi rangkaian yang disebutnya itu.
"Tentang tawaran dedak itu saya telah berbincang dengan peguam saya, kita mungkin akan melaporkan kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," ujarnya.
Tambahnya, "rangkaian sistematik dedak" itu sudah dipraktikkan sejak tahun lalu lagi. - CARI |