Apa kegunaan Google Translate? Takkan inipun tak tahu? 'Kerjanya' semestinya menterjemah bahasa. Dengan perkhidmatan percuma dari Google ini juga, pengguna Internet dapat mengetahui maksud dan sebutan sesuatu bahasa asing dengan mudah.
Foto: Skift
Namun, pernah tak anda terfikir untuk menghasilkan lagu dengan Google Translate? Pasti jarang-jarang orang berfikiran sedemikian.
Foto: USA Songwriting Competition
Memetik portal Sputnik, seorang lelaki warga Indonesia telah menghasilkan lagu hit 'Hotto Dogu' yang tular di Internet dengan bantuan aplikasi Google Translate.
Harry Citradi dari Jakarta telah menghasilkan beberapa lagu di bawah nama Heiakim. Macam mana dia mengolah lagu menggunakan Google Translate?
Cara Heiakim sebenarnya mudah saja. Dia hanya memasukkan sebuah ayat bahasa Inggeris dan memilih Bahasa Jepun untuk mendengar cara sebutannya.
Foto: Youtube heiakim Music
Lihatlah sendiri video tutorial bagaimana dia membuat lagu berkenaan. Video tutorialnya sahaja sudah ditonton lebih 500 ribu kali. - CARI
|