Panas-panas macam ni, dapat hirup minuman yang sejuk dan berais memang puas habis!
Bila keluar berjalan-jalan, nampak pula Cool Blog atau Chatime, mesti singgah.
Selain airnya yang memang sedap, rasa kenyal-kenyal bubble atau pearl di dalamnya memang menjadi pujaan hati.
Senang sahaja, boleh buat di sendiri di rumah. Jom cuba!
Foto: pinterest.co.uk
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hitam
Sedikit air utk menguli
Gula 3 sudu besar untuk merebus
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan
3. Gentel kecil-kecil sehingga siap
4. Rebus dengan air gula sampai masak.
Siap dan selepas itu boleh bancuh air apa-apa pun mengikut citarasa sendiri. Masukkan bubble/pearl yang dah siap tadi ke dalamnya!
Anak-anak mesti suka, tak perlu beli mahal-mahal di luar. Selamat mencuba!-CARI
dah penah buat masa 9Nov2016 (nak setahun dahhhh) simple je bahan nak buat. tapi nak menggentel tu letih..
sbb kena buat kecik2. nnti masa rebus dia mengembang.
Bancuh dgn milo je
Mmg fav anak2 iols pearl ni. Nasib baik anak2 suka hasil air tgn mummy dia ni
(walaupun tak secantik & smooth mcm kat Chatime/TeaLive tu)
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register