Artis dan kontroversi dah macam kawan karib, susah nak dipisahkan. Macam-macam gosip panas, paling selalu terjadi adalah artis yang curang dengan pasangannya!
Itu belum campur artis yang didakwa mempunyai kecenderungan seksual songsang. Baru-baru ini gambar Awal Ashaari dipeluk oleh seorang wanita tersebar luas!
Bukan main erat lagi peluknya. Amboi, isterinya Scha Al-Yahya di rumah tak marah ke?
Foto: FB Like Suka TV
Gara-gara gambar inilah, netizen mula mengecam pelakon dan pengacara tersebut. Katanya Awal adalah seorang gay dan tidak bermaruah kerana dibiarkan dirinya dipeluk orang lain.
Agak pelik pula bila peluk wanita, tapi dituduh sebagai gay kan?
Rupa-rupanya 'wanita' yang memeluknya itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Baby Ziana Zain 2.
Foto: FB Baby Ziana Zain 2
Baby memang terkenal di media sosial kerana mendakwa dirinya adalah kembar penyanyi tersohor negara, Ziana Zain.
Kalau tengok dalam Facebooknya, Baby memang selalu menghadiri program seperti Gegar Vaganza sebagai tanda sokongan.
Siap bergambar dengan artis sana sini. Meriah!
Foto: FB Baby Ziana Zain 2
Malah sebelum ini juga dia pernah menghadiri uji bakat untuk menjadi artis. Jangan main-main!
Walau bagaimanapun, di sebalik dirinya yang 'gila-gila' dan menghiburkan, ramai yang mempersoalkan tindakannya bersolek dan berpakaian seperti wanita kerana sudah tentu ianya adalah haram di sisi agama Islam.
Add Image Caption HereFoto: FB Baby Ziana Zain 2
Apa pun, pilihan di tangan masing-masing untuk menilai. Macam mana pula dengan anda? -CARI
|