View: 11136|Reply: 98
|
[Tempatan]
Mandikan Kereta Baru Dibeli Dengan Air Yasin Adalah Khurafat
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 20-11-2017 09:35 PM
SEREMBAN - “Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.
Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.
Sinar Harian mendapati, amalan dikongsi melalui ruangan komen sebagai respons terhadap berita kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air, baru-baru ini.
“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.
“Senang kata, amalan itu baik pada asalnya. Tapi kemudian (bertukar) jadi buruk hingga membawa tanggapan serong dalam kalangan masyarakat disebabkan perbuatan sebegini,” katanya di sini, semalam.
Menurut Mohd Yusof, tindakan mereka menguar-uarkan perbuatan tersebut kepada orang ramai juga secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah wujud cubaan menyebarkan fahaman sedemikian.
“Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat. Nanti jangan ada pula yang hendak (pergi) merompak dan berjudi, tapi solat hajat terlebih dulu.
“Dalam hal ini, kita boleh ambil contoh apabila seseorang bermimpi jumpa Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa sesiapa yang bermimpi melihatnya, itu memang sahih kerana syaitan tidak dapat menyerupai dirinya.
“Tapi apabila individu yang mendapat mimpi itu asyik mencanangkannya ke sana sini, tetap tidak dapat lari daripada timbul fitnah walaupun perkara itu benar belaka,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan individu terbabit supaya merujuk kepada golongan ulama, sebelum mempraktikkan sesuatu amalan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
“Patutnya mereka dapatkan pandangan daripada orang yang betul-betul faham berkaitan agama terlebih dulu. Ketahui hukumnya, sebelum buat,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lobai terlebih bangang..aku yakin org2 ni sapot dobi halal muar tu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je jenis pesen buat mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je jenis pesen buat mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg tak khurafat ialah mandikan kereta dgn air yg sarang anai2 yg makan 22 juzuk al-quran:
Lu apa tawww ini isele punya hal caiii |
|
|
|
|
|
|
|
harus dilihat dari perspektif berbeza
1. niat
2. usaha
niat utk memberi kebaikan melalui cara tertentu. asal jgn melanggar akidah
disertakan usaha agar niat yg diletakkan memberi kesan yg berpanjangan. usaha sebagai pemandu cerdik dan berhemah dijalanraya.
org dolu2..sebelum merasmikan perahu/kapal diorg buat upacara tertentu yg jauh lagi meyimpang ajaran islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa dpt kereta pertama dulu mak panggil ostad siram tayar kereta |
|
|
|
|
|
|
|
bukankah air yang dibaca berubah molekulnya? mgkin ada efek bila disiram pada kereta |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin, jika itu yang ibu ente fikirkan sebelum ibu nete memanggil uztad siram tayar kereta baru.
khurafat akan terus berlaku jika manusia kurang berilmu hanya mendengar cerita2 tahyol turun menurun.
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 20-11-2017 10:55 AM
teringat masa dpt kereta pertama dulu mak panggil ostad siram tayar kereta
Serius?? Mak uols dok mana bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 penonggeng ugama mmg sentiasa membuat ajaran baru. |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 memang nampak bidaah. tapi bila dah makin ramai yg amalkan pasti kumpulan Aswaja akan mempertahankan amalan2 spt ini. tengok jer la nanti. tengok amalan upah baca quran atas kubur tu sudah la ... |
|
|
|
|
|
|
|
saudara, ini cerita lama. jangan lah saudara seenaknya membuat fitnah. uztad2 ahli sunnah wal jamaah sudah diterangkan pada tahun 2015 lalu. memandikan kereta baru dengan air yassin adalah dilarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade org islam buat?
I selalu tgk org hindu je buat...
Perasapkn kereta, baca2 mentera keliling kereta, pastu tulis perkataan depa pada kereta tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu ana belum ada.
ini cerita dongeng khabar angin cerita mat motor dulu2.
ceritanya, seorang budak motor baru dapat sebijik motor baru beli loan kedai 3 tahun. tak sampai sebulan pakai, sudah 2 kali jatuh waktu ambik koner.
kawan2 mat motor yang lain saja sakat mat motor baru tu, kata dorang 'motor kau suwey, kena mandi air yasin'.
ini hanya bahasa usik mengusik antara mat motor saja.
sejak itu, mat motor baru bila jatuh motor time ambik koner, kena sakat 'motor kau suwey, kena mandi air yasin'
lama2 tersebar jadi fitnah motor baru kena mandi air yasin, sekarang dah sampai ke kereta pula.
ini semua dongeng rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mandikan orang tu dengan air yasin caner pulak ? |
|
|
|
|
|
|
|
yg nko bawak cerita pitenah ni apa munafik?
"dongeng rakyat" kepala abah kauuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
bahasa orang musyrik tidak akan berubah sebab ini semua diajar sejak turun temurun. lidah mereka dengan hati mereka sama najis sama kotor.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|