"Sejak bila saya MENGHALALKAN SEKS BEBAS?"
Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membidas pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung pendidikan seks untuk remaja.
"Ini bukan kali pertama kenyataan saya diputarbelit, memang menjengkelkan," tulisnya di laman Facebook (FB).
Menerusi laman FBnya, Syed Saddiq jelas kecewa kerana isu dibentangkan tersasar jauh dari matlamat asalnya.
"Bila bincang tentang pendidikan seks, ramai salah faham dan menganggap ia merujuk kepada 'Seks bebas'," tulisnya.
Syed Saddiq menggesa orang ramai untuk berhenti memutar belit kenyataannya, sebaliknya bersatu mencari jalan penyelesaian.
Netizen yang melihat posting itu memberi pelbagai reaksi dan respon berbeza.
"Bagi saya elok je benda ni.. Cuba buka minda.. Berapa ramai remaja yang sampai mengandung tapi masih tak tahu apa yang mereka lakukan adalah seks.
"Kesian orang sekarang.. Tak suka membaca dan fahamkan betul-betul. Terus nak sentap, melenting.
"endidikan seks dan seks selamat?? Untuk pasangan dah berkawin?? Elak hiv??? Sakit kelamin??? Kebodohan apakah yang dia cuba pertahankan. Seks apakah yang tak selamat bagi pasangan dah berkahwin?" komen netizen.
Terdahulu, Syed Saddiq mengutarakan pendapatnya mengenai pengajaran seks selamat kepada remaja sebagai langkah membanteras pergaulan bebas dan pembuangan bayi.
Sementara itu, netizen turut mempertikaikan kenyataan Syed Saddiq yang menyebut berhijab adalah hak individu.
Foto: FB
Siapa putar belit kenyataan siapa ni sebenarnya? - CARI |