"Siang udang? Eleh, 'kacang' je tu!"
Kacang kacang pun mesti rasa menjengkelkan bila nak kena kupas kulit udang sekor-sekor terlebih dahulu sebelum nak buang urat kotoran atau najisnya, kan?
Foto: Wiki How
Lebih menyakitkan hati apabila urat najis udang itu terputus ketika sedang dibersihkan. Bikin panas saja bagi mereka yang kurang kesabaran tu. Jangan tipu, mesti rasa bengang je kan?
Terdapat banyak cara sebenarnya nak bersihkan udang ni. Ada yang suka 'togelkan' udang tu sebelum dibelah bahagian belakang udang dan dibuang najisnya. Ada juga yang membelah belakang udang tanpa mengupas kulitnya terlebih dahulu.
Foto: Heatworks
Kalau anda masih belum mengetahuinya, ada cara lebih mudah untuk membuang najis udang tanpa perlu mengupas kulitnya. Tak perlu guna pisau pun!
Aik, tak pakai pisau atau gunting, macam mana nak buang najis tu?
Senang saja. Anda hanya memerlukan pencungkil gigi.
Foto: Fine Dining Lovers
Caranya, cucuk lidi pada bahagian belakang udang dan tarik perlahan-lahan sehingga urat najisnya terkeluar, lalu teruskan menarik keseluruhan urat najis itu.
Lakukan dengan lemah lembut ya, supaya ia tidak terputus. Tonton video ini!
Cara ini juga sesuai digunakan bagi udang yang dikupas kulitnya. Mudah, bukan? Semoga berjaya mencubanya! - CARI |