Terkejut jumpa duit RM11 juta!
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 12:25 PM
Junaidi Ladjana
[email protected]
Wang ditemui anggota Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar' di kota Kinabalu.
DIANGGARKAN hampir RM11 juta wang tunai ditemui dalam dua serbuan berasingan termasuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 pagi hari ini.
Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar'.
Menurut sumber, serbuan lakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.
"Hasil serbuan itu, anggota penguat kuasa menahan beberapa individu dan pemeriksaan lanjut menemui hampir wang tunai berjumlah lebih RM8 juta.
"Susulan itu, pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen berhampiran hotel berkenaan dan menemui wang tunai lebih RM1 juta," katanya di sini hari ini.
Sumber berkata, semua wang tunai yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut.
"Pengiraan masih dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang dirampas dalam kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Sabah dijangka membuat sidang media berkaitan kejadian itu, petang ini. |