CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3891|Reply: 40

[Tempatan] first lady: Kita suka orang macho

[Copy link]
Post time 30-11-2017 08:41 AM | Show all posts |Read mode

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau tidak faham kenapa ramai lelaki hari ini menggunakan produk kosmetik dan kecantikan.

“Sekarang ini di pasaran, lelaki pun nak jaga kulit seperti wanita. Di pasaran macam-macam jenis kosmetik untuk lelaki yang diiklankan.

"Saya faham perempuan nak cantik dan lelaki pun nak handsome. Tapi saya tak faham kenapa (ramai) lelaki nak handsome. Kita suka orang macho, bukan kulit lembut,” katanya.

Rosmah berkata demikian di hadapan lebih 50 pengusaha produk kecantikan dan kesihatan di Majlis Sepetang Pengusaha Produk Kesihatan dan Kecantikan Buatan Tempatan bersama Perdana Menteri di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir kerana terpaksa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Rosmah tanpa berselindung akui bahawa beliaulah sebenarnya yang dikawal suaminya bukan sebaliknya seperti yang dikatakan orang ramai.

Menurut Rosmah, walaupun dalam keadaan tidak sihat kerana terlibat dalam pelbagai program dan perlu mengiringi Najib ke luar negara untuk urusan negara, beliau tetap diminta untuk menggantikan suaminya.

“Saya tidak seharusnya ada di sini. Saya dimaklumkan jemputan pada program ini adalah untuk perdana menteri, yang secara kebetulan suami saya. Tetapi beliau terpaksa menghadiri suatu mesyuarat penting.

“Jadi beliau (Najib) telah memerintahkan saya untuk hadir ke program ini. Sesiapa kata saya kawal Datuk Seri (Najib) adalah tidak betul, Datuk Seri yang kawal saya.

“Dia (Najib) kata kepada saya, tidak kira awak batuk atau demam, awak pergi saja,” kata Rosmah.

Rosmah turut berkata, tidak mudah menjadi isteri kepada perdana menteri dan meminta masyarakat  agar memahami cabaran yang terpaksa dilaluinya.
“Saya ingin (anda) fahamkan kehidupan saya. Ingat senang hendak jadi isteri kepada seorang pemimpin? Apa pun kena alami pelbagai dugaan.

“Kalau tadi saya terlambat, saya mohon maaf. Saya kena makan ubat untuk meredakan batuk. Saya sudah lama tidak kena batuk dan demam,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut personaliti media sosial Nursajat, Wak Doyok, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza.



















































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 09:35 AM | Show all posts
“Jadi beliau (Najib) telah memerintahkan saya untuk hadir ke program ini. Sesiapa kata saya kawal Datuk Seri (Najib) adalah tidak betul, Datuk Seri yang kawal saya.

“Dia (Najib) kata kepada saya, tidak kira awak batuk atau demam, awak pergi saja,” kata Rosmah.



ok, korang sila hadam btl2 ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:35 AM | Show all posts
“Jadi beliau (Najib) telah memerintahkan saya untuk hadir ke program ini. Sesiapa kata saya kawal Datuk Seri (Najib) adalah tidak betul, Datuk Seri yang kawal saya.

“Dia (Najib) kata kepada saya, tidak kira awak batuk atau demam, awak pergi saja,” kata Rosmah.



ok, korang sila hadam btl2 ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:52 AM | Show all posts
patut la PM kita macho..

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Silalah perghcaya yer wahai semua rakyat jelater
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:55 AM | Show all posts
chinta89 replied at 30-11-2017 09:35 AM
ok, korang sila hadam btl2 ni ye

Menteri KPDNKKkan ada, apasal mintak Kak Mah yang batuk, pergi....???
Kesian Kak Mah  dapat laki macho, asik kena kerah ganti dia ke sana, ke sini.
Padahal ada kabinet dapor yang besar dengan berpuluh-puluh menteri
dan timbalan menteri.
Kak Mah juga yang disuruh mewakili dia.  
Memang sensasi berita ni.
Semua orang percaya cakap Kak Mah.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2017 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:00 AM | Show all posts
macho sunggguh no.......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 10:08 AM | Show all posts
ok kami percaya kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:49 AM | Show all posts
sepatutnya tak payah lantik menteri2...kak mah ngan abe jib pun dh cukup
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
manis je dia senyum walaupun muka scary..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 12:31 PM | Show all posts
'Macho' sungguh kannnnnnnnn si Jibby tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 01:16 PM | Show all posts
percayalah pada kata2 first lady kita itu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 03:29 PM | Show all posts
tuhannn skeri dollah muka hesheeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri mesti lah kena dengar ckp suami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sape cakap kakmah kena control dgn pakjib. kite cakap kakmah yg control pakjib la.ape la mama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Macho ssgt kah laki dia...
Lawa goges sgt kan kak mah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macho ke yg sorang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 04:35 PM | Show all posts
motif muka bik mcm dah cair
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067152 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list