View: 3650|Reply: 9
|
Apa Yang Sedap Sangat Makan Di Penang Tu? Mai Cheq Nak Habaq!
[Copy link]
|
|
Salah sebuah negeri di utara Malaysia ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada sebab kenapa ia digelar Pulau Mutiara.
Tak salah kalau melabelkan Pulau Pinang sebagai negeri yang lengkap serba-serbi. Ada pantai, taman laut yang cantik, makanan sedap, budaya menarik dan macam-macam lagi!
Dah sampai Pulau Pinang, tak sah kalau tak cuba pelbagai makanan di sini yang sememangnya terkenal dengan kelazatan dan keunikan tersendiri. Jom semak satu persatu, nyums!
The Mugshot Café
Untuk sarapan pagi, kalau tekak anda mahukan makanan Barat, anda bolehlah ke The Mugshot Café yang terletak di Lebuh Chulia. Café ini terkenal dengan sajian bagel yang lazat.
Dibakar dalam ketuhar daripada tanah liat, mungkin ini rahsia kesedapan bagel tersebut! Cubalah bagel krim keju dan salmon. Ia paling laris di sini!
Roti Canai Transfer Road
Kalau rasa nak sarapan roti canai atau roti bakar datanglah ke Transfer Road. Ia biasa dihidangkan dengan kuah ‘banjir’ yang menyelerakan.
Kebiasaannya tempat ini penuh, jadi datanglah awal ya!
Mee Sotong Padang Kota Lama
Terletak di sebuah medan selera bersebelahan Fort Cornwallis, Mee Sotong Pata memang boleh buat air liur kecur!
Ada pilihan mee goreng dan juga mee rebus namun kebanyakan pengunjung lebih gemar akan rasa mee goreng.
Nasi Tomato Batu Lancang
Ini wajib! Kalau datang ke Penang tapi tak singgah makan malam di sini umpama berdosa.
Dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula pukul 7 malam sehingga lewat malam. Seperti biasa, di Pulau Pinang ni tempat makan pasti kena beratur, lebih-lebih lagi Nasi Tomato sedap macam ni!
Pasembur
Ini lagi satu makanan wajib di Pulau Pinang. Jangan lupa singgah Persiaran Gurney untuk merasai sendiri keenakan Pasembur Pulau Pinang.
Ada beberapa gerai yang menawarkan Pasembur di sini. Pilih jangan tak pilih!
Tunggu apa lagi? Jom pi Penang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Tomato Batu Lancang |
|
|
|
|
|
|
|
apa nasi tomato dia mcm nasi minyak?umpama berdosa pulak tu kalau tak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Mee sotong padang kota lama tu mmg peberet I poreber n eber.. |
|
|
|
|
|
|
|
pastu pekena pulak dgn coconut shake gerai sebelah ..kalau dak pun abc special tu .. perrghhhh ...
|
|
|
|
|
|
|
|
wow nmpak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Mee Sotong Padang Kota Lama -->> sedap gila..kene pulak dgn coconut shake..perghhh |
|
|
|
|
|
|
|
ada lg xmknan yg best kat Penang..hihik,iols nk pergi Penang bulan 9 nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|