Anda tak suka makan tomato?
Jangan begitu! Baik cuba makan dari sekarang kerana selain rajin bersenam, makan tomato juga boleh meningkatkan daya seksual lelaki. Wah, baru tahu ni!
Foto: Mashable
Apa yang bagus sangat makan tomato ni untuk lelaki?
Kalau nak tahu, tomato mengandungi sejumlah mikronutrien yang membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Tubuh lelaki memerlukan peredaran darah yang baik untuk memastikan tahap keghairahan dapat dicapai pada tahap maksimum. Bunyi macam lucu kan? Tapi itulah hakikatnya.
Bukan itu sahaja, nutrien lycopene dalam tomato juga boleh meningkatkan kualiti sperma. Dalam erti kata lain, untuk pasangan yang sudah berkahwin lebih cerah peluang untuk mendapat anak.
Foto: goodhousekeeping.co.uk
Vitamin C yang terdapat dalam buah tomato juga dikatakan dapat mencegah bahagian intim lelaki daripada cepat layu. Jangan lupa, vitamin B dan E dalam buah avocado juga mempunyai fungsi sama seperti tomato untuk kesihatan bahagian sulit lelaki.
Jika boleh elakkan makanan bergoreng, berlemak dan hasil tenusu yang berlebihan. Boleh nak makan, tapi berpada-padalah ya.
Foto Carian Internet
Dah jumpa penawar kepada masalah seksual anda, tunggu apa lagi ayuh cuba! Tak rugi bukan? - CARI |