CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2789|Reply: 3

Chester Bennington Gantung Diri Bukan Kerana Pengaruh Dadah, Tapi...

[Copy link]
Post time 6-12-2017 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Laporan Autopsi dan Toksikologi telah mendedahkan bahawa penyanyi Linkin Park, Chester Bennington yang mati menggantung diri di rumahnya beberapa bulan lalu bukanlah disebabkan pengaruh dadah.



Namun laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Koroner Daerah Los Angeles menyatakan bahawa aliran darah menunjukkan terdapat sedikit alkohol sebelum dia ditemui mati tergantung dalam rumahnya.


Fotoarian  Internet


Penyiasat kes ini menjumpai segelas bir Corona, botol kosong Stella Artois dan botol prekripsi Zolpidem dari jenis Ambien di tempat kematiannya berlaku.


Ujian darah pula menunjukkan tubuh Chester didapati ‘positif’ ketika ujian MDMA dijalankan - dikenali juga sebagai ekstasi tetapi dua ujian air kencing tidak berjaya mengesan dadah dalam tubuhnya.



Chester yang berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada 20 Julai lalu dan ditemui mati tergantung di kediamannya yang terletak di Los Angeles, California.


Hasil daripada dua perkahwinannya sebelum ini, dia juga meninggalkan enam orang anak dan seorang balu.


Foto: sandiegouniontribune.com


Rindu dengan Chester. Sehingga hari ini tiada siapa yang boleh gantikan auranya Apa agaknya perancangan Linkin Park selepas ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2017 09:43 AM | Show all posts
Dulu kenangan betul ngikut arus hiphop oi...  seluar besar ...macam pakai guni rasa...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bunuh diri sbb suara da xleh nk pegi..sejak dulu lg artis yg dah mati lagi bernilai lebih dari zaman hidupnya..so, sbelum chester mati dlm keadaan suara yg lg teruk,baik mati skrg, nt linkinpark bleh la kaut untung jaja nama chester
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 08:44 PM | Show all posts
Bunuh diri sbb sendu & album x laku ke dekk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.246578 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list