View: 877|Reply: 6
|
Facebook Messenger Kids: Benar-Benar Selamatkah, Bila Nak Sampai Malaysia?
[Copy link]
|
|
Berapa ramai ibu bapa yang membenarkan anak mereka bawah 13 tahun mempunyai akaun facebook (fb) sendiri walaupun ia tidak dibenarkan?
Ramai juga, lah kan?
Hingga ada kanak-kanak yang menyalahguna peluang tersebut.
Jadi, ada alternatif terbaik buat anda yang bergelar ibu bapa urban - Facebook kini melancarkan aplikasi comel buat kanak-kanak iaitu Messenger Kids.
Ia dicipta khas buat kanak-kanak di bawah usia 13 tahun bagi berkomunikasi sesama mereka.
Facebook Messenger Kids - untuk kanak-kanak bawah 13 tahun
Berbeza dengan aplikasi Facebook Messenger biasa, Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa untuk memudahkan ibu bapa mengawal aktiviti anak-anak mereka.
Ketua unit Keselamatan Facebook, Antigone Davis berkata ramai kanak-kanak telah didedahkan dengan media sejak usia muda lagi seperti enam atau tujuh tahun.
“Kajian menunjukkan kanak-kanak terdedah dengan media sosial yang dikhaskan untuk remaja serta dewasa, ia tidak sesuai untuk mereka. Sekurang-kurangnya dengan Messenger Kids ini, ibu bapa boleh mengawal hala tuju mereka.”
Jadi, ibu bapa jangan risau sebab Messengger Kids ini direka dengan mematuhi akta Children's Online Privacy and Protection Act atau COPPA bagi menjauhkan kanak-kanak disalahguna oleh pihak tertentu seperti iklan, mangsa buli online dan sebagainya.
Foto Carian internet
Antara yang menarik ialah variasi emoji serta karektor yang asalnya dipopularkan oleh Snapchat seperti pilihan GIFs, bingkai, stiker, topeng, alat melukis untuk memberi pilihan kanak-kanak mengekspresikan personaliti mereka.
Tetapi, aplikasi ini hanya terhad kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja menerusi Amazon App Store dan Google Play Store sehinggalah pihak facebook mendapat maklum balas sebelum mengumumkan tindakan seterusnya.
Jadi, sama-samalah kita berharap Messenger Kids ini sampai ke Malaysia seterusnya mengurangkan masalah budak-budak terlalu ‘dewasa’ ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
X elok jgk rasanya kanak2 bersosial di alam maya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tk gune, bdk2 nnti tipu umur dftar fb
ptut fb kt malaysia ni daftar dgn no. ic bagai,, tac number, daftar cm lesen
barula tkde keyboard warrior |
|
|
|
|
|
|
|
batmana: tk gune, bdk2 nnti tipu umur dftar fbptut fb kt malaysia ni daftar dgn no. ic bagai,, tac number, daftar cm lesenbarula tkde keyboard warrior
Lagilah bahaya fb boleh guna ic kita as data. Pastu data leak no ic kena jual kt dark web. Lagi la senang org nak pedajal |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke ibu bapa yg pantau social media anaknya? ibubapa pun sibuk nak jodohkan anak org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mostly budak bawah 18 tahun, dorang tak suka fb pun. Dorang lagi suka wechat - ni lagi bahaya. Predator ramai kat sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|