Buat peminat kek, jom cuba resepi mudah kek butter yang dikongsi oleh Muhammad Faizal di laman blognya Papaglamz.com. Nampak begitu mudah dan hasilnya sungguh menarik.
Memang sangat-sangat gebu. Anda perlu cuba tau!
Inilah hasilnya. Bakar menggunakan deep pan 6 inci. Boleh juga nak guna pan 8 inci tetapi kek akan leper sedikit
Tengok! Sangat-sangat gebu kan?
Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah
Bahan-bahan
200g tepung gandum
50g susu tepung
225g butter atau merjerin
3 biji telur
150g gula kastor
1 sudu teh baking bikarbonat
1 sudu teh asen vanila
Cara nak buat
- Pukul butter dan gula sampai kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji
- Masukkan asen vanila
- Pukul adunan sehingga kembang dalam 10 minit
- Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak
- Masukkan susu tepung
- Gaul rata semua bahan dan masukkan dalam loyang
- Bakar pada suhu 170 darjah selsius 1 jam
Selamat mencuba.! - CARI
|