Beri dadah sebelum potong kemaluan bekas kekasih, itulah tindakan kejam yang dilakukan seorang wanita yang mendakwa dirinya dianiaya.
Sebelum kejadian, pasangan tersebut tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican.
The Mirror melaporkan Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, dikatakan bertengkar dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Diaz dan Garcia, Foto: The Mirror
Diaz dalam keadaan marah meletakkan dadah dalam minuman Garcia sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
Suspek kemudiannya melarikan diri selepas memotong kemaluan mangsa, namun berjaya ditahan polis Republik Dominican.
Laporan polis menyatakan, Garcia telah dibawa ke hospital berhampiran dan dibedah selama empat jam.
Garcia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan bagi rawatan pemulihan.
Sementara itu, Diaz dikatakan tidak menyesal langsung memotong kemaluan bekas kekasihnya itu. -CARI |