View: 1841|Reply: 13
|
Gigit Penumpang, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik
[Copy link]
|
|
Sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan apabila seorang lelaki mula menggigit dan memukul penumpang lain.
Memetik Mirror, kejadian berlaku ketika penerbangan JetBlue dalam perjalanan ke New York dari Los Angeles, pada Ahad.
Paling mengejutkan isi kapal, lelaki terbabit mula menggigit orang di sebelahnya sebelum memukul orang lain di dalam pesawat itu.
Beberapa doktor yang juga penumpang pesawat berkenaan turut diserang ketika cuba memberi bantuan untuk memeriksa lelaki terbabit.
Bagaimanapun, seorang penumpang berjaya memegang dan mengilas tangan lelaki berkenaan ke belakang, sekali gus mematahkan serangannya sebelum pramugari mengikatnya.
"Dia menumbuk penumpang di sekelilingnya macam orang gila! Saya tangkap dan kilas tangannya ke belakang sementara pramugari mengikatnya.
"Berang pergerakannya terbatas, dia mula menjerit-jerit dan cuba menyerang pramugari itu pula. Tenaga dia kuat, susah nak pastikan supaya dia tidak terlepas," kata penumpang itu.
Foto: Mirror
Kejadian itu menyebabkan juruterbang terpaksa berpatah balik dan mendarat di Las Vegas. Selepas lelaki terbabit dikeluarkan dari pesawat,
Polis bagaimanapun, memaklumkan media tempatan bahawa lelaki berkenaan tidak dikenakan sebarang denda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ikan pirana jadian kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa...wat telah happen seblom aksi gigit mengigit itew |
|
|
|
|
|
|
|
akibat tekanan udara tinggi? |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling tgh shooting train to busan ker..ini versi Plane to LA |
|
|
|
|
|
|
|
hey, kesian okeh orang lain nak balik kampung nak sambut krismas.. |
|
|
|
|
|
|
|
sure sebab dia kena keja masa raya krismas dah tu plak depa dok pasang lagu raya balik kampung mau tak ngamok |
|
|
|
|
|
|
| |
|