Awal tahun ini menyaksikan Nasi Lemak Pondan menjadi viral satu negara.
Diusahakan oleh seorang transgender, ianya menjadi kontroversi kerana namanya menyentuh sensitiviti Malaysia.
Selepas mengambil teguran dari pelbagai pihak, pemiliknya yang dikenali sebagai Jojie Kamarudin sudah tidak memakai blaus atau baju kurung, sebaliknya memakai kemeja-T dan seluar panjang.
Foto: mStar Online
Walaupun dikecam hebat, keenakan resipi air tangan ibunya membuatkan gerainya sentiasa dipenuhi pelanggan.
Mstar Online melaporkan, dugaan bermula apabila kelengkapan gerainya dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Mujur saya masih ada sebuah gerai lagi yang baru dibuka sejak September lalu. Tapi malangnya awal bulan ini, kelengkapan gerai yang kedua ini diangkut pula oleh pihak berkuasa."
Jojie Kamarudin, Foto: mStar Online
Impiannya hanya satu, untuk mempunyai premis makanan di lokasi tetap dan berlesen seperti di medan selera.
Jojie juga sedia untuk menukar nama gerainya dari Nasi Lemak Pondan kepada Nasi Lemak Jie sekiranya impiannya ditunaikan.
“Saya sedia tukar nama kepada Nasi Lemak Jie kerana orang dah kenal siapa saya. Saya bercadang untuk memohon premis makanan yang disediakan kerajaan.
“Saya mahu terus melangkah ke hadapan dan premis ini menjadi permulaan kepada hasrat saya untuk mempunyai restoran sendiri pada masa akan datang,” katanya. -CARI |