Orang ramai terkejut dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang mempunyai dua zakar.
Menurut laporan The Metro UK, zakar lebihan tersebut tumbuh di belakang badannya.
Satu pembedahan terpaksa dilakukan bagi membuangnya dan telah dijalankan di Scientific Research Institute of Pediatrics di Baku, Azerbaijan.
Foto: The Metro UK
Gunduz Agayev, Doktor yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan itu berkata, bayi tersebut akan menjalani kehidupan normal selepas zakar parasit itu dibuang.
Tambahnya, zakar itu tumbuh ketika bayi tersebut masih lagi berada dalam kandungan ibunya.
Walaupun pembedahan dilakukan untuk membuangnya, ia tidak langsung menjejaskan langsung kulit badan belakangnya.
Zakar parasit yang telah dibuang
Demi melindungi privasi, pihak hospital tidak mendedahkan identiti bayi dan di mana dia dilahirkan.
Menurut sumber lagi kelahiran bayi tersebut sebelum ini telah menimbulkan situasi panik di kalangan doktor dan ibu bapanya sendiri. -CARI |