View: 2655|Reply: 6
|
Comel-comel Tak Takut Pun! - Jom Lihat Buaya-Buaya Ganas Di Gudang, Johor
[Copy link]
|
|
Pasir Gudang antara tempat perindustrian yang terbesar di Malaysia. Tapi siapa sangka dalam kesibukan kawasan perindustrian yang begitu, terdapat sebuah tempat yang menempatkan spesies buaya paling besar dan ganas.
Siapa tak kenal dengan buaya tembaga kan? Bagi yang ingin melihat dengan dekat spesies buaya ini, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik untuk korang lawati.
Tempat yang dibangunkan pada bulan Februari 2009 ni mempunyai tarikan tersendiri yang pasti bakal memukau para pengunjung yang datang. Keluasan Sarang Buaya yang berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat Pasir Gudang ini ialah seluas 3.237 hektar dan ia dibangunkan dengan konsep habitat liar sebenar spesies buaya yang meliputi tempat untuk buaya mengawan, sarang-sarang bertelur dan pembiakan yang tersendiri.
Dikatakan bilangan terkini buaya yang ada di sarang buaya ini lebih kurang sebanyak 130 ekor.
Yang menarik di sarang buaya ini, anda ditemani oleh seorang pekerja taman yang akan memberikan begitu banyak penerangan dan info-info menarik tentang buaya dan habitatnya sepanjang menjelajah kawasan taman ini.
Tentu semua nak tahu berapa harga masuk ke taman ini kan? Harga biasa untuk orang dewasa ialah RM8. Tetapi kadang-kala ada promosi menjadi RM4 dan untuk warga emas hanya RM1 sahaja.
Jika anda hendak cuba memberi makan pada buaya, tambahan cas RM5 untuk 14 ketol ayam yang begitu besar. Selain itu, anda juga boleh bergambar bersama baby buaya dengan cas bayaran RM2.
Overall, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik yang anda mesti cuba lawat jika anda ke Pasir Gudang.
Pasti ianya menyeronokkan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
wah mcm menarik harga die
xtvt pn best2 |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyaaa tp takut pn ade |
|
|
|
|
|
|
|
murah jgk caj masuk situ.. bwk anak2 best la tgk buaya |
|
|
|
|
|
|
|
wah...baru tau kat psr gudang ada srg buaya
pernah pegi telok sengat punya je |
|
|
|
|
|
|
| |
|