View: 3254|Reply: 9
|
Bukan Medan Selera Biasa-Biasa, Food Court Ini Macam Restoran Dalam Kebun!
[Copy link]
|
|
Tempat makan yang diberi nama KIMSTONE Food Court & Hall merupakan satu lagi tempat makan terbaru yang baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2017.
Food court yang bertemakan ala-ala restoran di dalam kebun ini mempunyai keunikannya tersendiri yang pasti mampu membuat para pengunjung teruja.
Menariknya disini, anda bukan sahaja boleh makan, tetapi anda boleh menikmati suasana yang cantik dengan limpahan lampu-lampu yang berwarna-warni serta anda juga bakal dihidangkan dengan alulan muzik band secara langsung.
Sangat menarik dan memang sesuai buat anda yang hendak bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut adalah "Killer" menu yang boleh anda nikmati bila datang ke sini.
Untuk makluman, food court ini beroperasi dari setiap hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari, food court ini mula dibuka pada jam 4.30 petang dan ditutup pada pukul 12.00 tengah malam. Masa yang begitu sesuai untuk anda makan-makan dan bersantai bersama keluarga.
Untuk makluman anda juga, foodcourt ini ada menyediakan perkhidmatan buat anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau apa sahaja majlis-majlis keraian.
Tempatnya yang luas sudah pasti mampu memuatkan ramai tetamu dan memberi keselesaan kepada mereka yang hadir ke majlis anda nanti.
Jadi apalagi? Jangan lupa singgah di sini juga anda datang ke Kuantan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cantik tempat mkn mcm rock garden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk tourist, blh la makan dkt sini sbb gerai2 kt sini mostly femes dkt kuantan. Sekali harung je dtg makan. Sate pon lg sedap dari sate samuri |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak makan satay zul tu. Kuay teow tomyam tu nampak sedap, ada yg dah pernah try? |
|
|
|
|
|
|
|
Ala baru hari tu I pergi Kuantan, tak tau pulak kewujudan tempat ni. Kalau tau, boleh pergi try. |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat dengan Beserah. Sebelah petronas
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh ok, tengkiu bebehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh...boleh try sini in my nx trip to Ktn {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
oooo...xtau pun kewujudan tmpt nie..leh pergi next trip |
|
|
|
|
|
|
| |
|