Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis bernama Faiz di rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, semalam.
Menurut ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, anaknya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar membeli buku adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya dengan menaiki motosikal pada pukul 11 pagi sebelum kejadian.
Jelas ibunya, Nur Syaminn yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng di kedai berdekatan simpang Ulu Gali ketika pulang dari membeli buku sekolah adiknya.
“Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka dan bertemunya.
“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan. “Katanya dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikut lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak," katanya.
Menurut ibu mangsa, sekitar pukul 3 petang dia menerima panggilan telefon daripada anaknya mengatakan berada di Gua Musang, Kelantan.
“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Ruan pada 4 petang semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dibuat ibu mangsa dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
Post time 28-12-2017 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alahai makcik. Bagi anak free2 kat orang. Nak mintak tolong amik motor baru beli? Dah kenapa nak mintak tlg kat org tak kenal, budak perempuan pulak tu. Jalan cerita tak masuk akal langsung
Post time 28-12-2017 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Klu mak aku....mati kau kena hamput...
Apsal lak nk mintak tlg ank dara bawak motor kau....kata polis, tak de org lain ke yg blh tlg ?...klu tak de...memang kau polis giler, sampai tak de kwn nk tlg...
Post time 28-12-2017 01:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak dinafikan ramai je ibu2 yg gelenyar nak ank2 gadis depa Ada teman lelaki seawal umur 14/15 taun.. so Tak pelik pun kes in. Harapannya adik ni selamat sejahtera Dan dpt balik ke pangkuan keluarga
Post time 28-12-2017 02:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sukacactus at 28-12-2017 02:06 PM
Kalau laki tu je yg menipu, mudah betul mak dgn ank kena tipu
Tolong la celik minda skit
Mcm xde org lain plak laki tu nak minta tlg
Tp lg haru kalau laki & budak pompuan tu pakat tipu mak...apa nak jadi la
budak nie la yang makcik aku cerita awal pagi tadi.. tapi bukan diculik, tp mmg budak pompuan tu yg lari ikut lelaki tu.. umh makcik ak kat raub tu jugak..dia trsrempak dgn isteri tok 4 gali tu then dia ckap budak tu lari ikut lelaki tu.