Pernah terfikir tak, di mana kapal terbang yang sudah 'pencen' disimpan? Mungkin bahagian enjin dikeluarkan dan diguna pakai semula, tapi bagaimana dengan rangkanya?
Jom tengok apa dah jadi dengan 'bangkai' pesawat pencen!
Rupa-rupanya, pesawat yang dah tak boleh terbang untuk selamanya ini disimpan di sebelah timur Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles iaitu di bandar Victorville.
Menurut Travel And Leisure seperti dipetik Dream.co.id, di sinilah pesawat Boeing 747 dimakamkan, di mana ia merupakan 'rumah' Lapangan Terbang Logistik California Selatan atau lebih dikenali sebagai boneyard (kubur).
'Perhentian Terakhir' Kapalterbang
Pesawat dari pelbagai syarikat penerbangan termasuk United, British Airways, Monarch, bahkan pesawat dari FedEx ditempatkan di Victorville, menjalani kehidupan mereka yang tenang di darat tanpa penumpang ataupun kargo.
Sayangnya, pengunjung tidak dibenarkan melihat ataupun melawat tempat ini. Namun, Zach Honig dari The Points Guy sempat merakamkan foto dengan helikopter untuk melihat persekitarannya. Semua pesawat diparkir rapi dalam barisan yang tersusun.
Kapalterbang dalam perjalanan diubahsuai jadi restoran.
Foto: hurriyetdailynews
Ada di antara pesawat di sini yang mungkin akan membelah awan lagi, bergantung kepada keadaan. Namun, ada yang terus 'terkubur' kerana ketiadaan barang ganti.
Atau, jika ada orang kaya nak beli sebiji pun boleh. Mana tahu, boleh dijadikan restoran konsep baru seperti di India ini. Serius menarik!
Eksklusif betul dekorasi Restoran Hawai Adda di Ludhiana, India
Menarik. Pengunjung pasti teruja di Restoran Hawai Adda
Foto: economictimes
'Restoran' ini diparkir di kawasan Ferozepur Road dan dilengkapi tempat makan, bakeri serta kafe untuk bersantai. Khabarnya, memang tempahan penuh pada hari-hari tertentu seperti Hari Kekasih.
Bila agaknya nak diwujudkan sebuah restoran kapal terbang di negara kita? Mewah, namun harga berpatutan. Buat kenduri kahwin pun bagus, boleh fefeeling terbang di awan biru. - CARI
|