View: 2487|Reply: 19
|
Anak Tak Nak Makan Sebab Bagi Susu 10 Botol Sehari. Apa Jadi Dengan Anak?
[Copy link]
|
|
Ramai ibu-ibu yang risau bila anak-anak mereka tak nak makan dan hanya minum susu sahaja setiap hari. Malah ramai juga yang nak mudah dan hanya bagi anak-anak makan makanan yang diproses seperti nuget dan sosej atas alasan anak-anak tak suka makan nasi.
Apabila anak-anak sakit, si ibu mulalah gelisah dan risau akan tahap kesihatan anak-anak. Berat badan tak naik, kerap demam dan sebagainya. Jadi, ibu-ibu kenalah ada ilmu dan pengetahuan tentang pemakanan anak-anak dan jangan biarkan anak-anak kenyang dengan susu sahaja.
Seorang Pegawai Sains Pemakanan iaitu Azimah Zainal berkongsi cerita tentang anak yang berusia 3 tahun yang tidak mahu makan tetapi di beri 10 botol susu formula setiap hari. Kanak-kanak tersebut dirujuk kepada Doktor Perubatan kerana kekurangan berat badan.
Ramai netizen yang 'tag' pasangan masing-masing sebab masalah anak tak nak makan dan memilih makanan ni memang ramai yang hadapi.
Jadi, perkara ini memang buatkan ibu bapa risau dan buntu apa yang patut mereka lakukan untuk buatkan anak-anak mereka makan dan kurangkan susu.
Setuju dengan komen kat bawah ni sebab memang ada ibu bapa yang jenis ambil mudah. Kalau dah anak tak nak makan dibiarkan saja asal anak kenyang dengan susu.
Ibu-ibu yang malas memasak pun ada. Bagi je anak tu minum susu berbotol-botol. Mereka ingat susu tu dah cukup seimbang untuk tumbesaran anak-anak.
Ramai ibu-ibu yang dah berjaya kurangkan pengambilan susu dan anak-anak mereka dah mula suka makan makanan yang berkhasiat.
Jadi, janganlah ingat anak tak nak makan tapi cubalah jadi ibu yang kreatif dengan pelbagaikan hidangan untuk anak-anak dan kenal pasti apa makanan kegemaran mereka. Nak jadi ibu kenalah rajin. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
perut dh kenyang dgn susu mmglah dia taknak mkn
masa anak 6/7 bln takpnh bg nestum/bubur/rusks ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Start 6 bln biasanya da bole bg mknn pejal tetapi mashed betul2. Sbb tu x kan bergantung 100% pd susu. Apa kata ibu2 lain? |
|
|
|
|
|
|
|
umur 3 tahun kalo bagi ciken cop gerenti abis |
|
|
|
|
|
|
|
very informative. tapi kesian jugak kat parents yg hadapi this kind of challenge. bole stress jadik..
anak meols 3 thn pun berat dalam lingkungan 12-13kg je.. tapi kalau tgk physically dia nampak besar dari budak2 sebaya, dia cam size budak2 4-5thn. i perasan pun sbb ada ibu2 yg tegur dia besar and nak confirmkan umur bnyak kali..maybe dia meninggi kot. tapi takdela kurus melidi pun tapi she looks normal la, sihat. dia makan pun tak banyak sgt sbb dia bkn suka makan, heavy meal dalam 2 kali sehari tapi kadang tak habis pun nasi sepinggan. nak makan ayam, ikan..sayur taknak. breakfast dia nak minum susu je. and another bottle sebelum tido malam. in between meals tu ada la dia amik snacks biskut ke roti..buah n sayur taknak langsung. padahal masa baby dia ok je makan veges & fruits. sampai i penah stress nak bagi dia makan. tapi bila tgk sekeliling cam ramai je mak2 ada masalah yg sama. so skrg dah taknak stress, i ikut je rentak dia but supplementkan dgn multivits & minerals. tu je yg i mampu buat. dah puas macam2 cara nak bagi dia makan fruits&veges mmg tak jalan. i believe certain kids mmg ada eating habits and behavior dia and mungkin akan slowly berubah seiring usia. so asalkan dia sihat and perkembangan lain2 semua ok, i xnak stress2. tawakal saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak saya umur 3thn setengah
sehari tak lebih 5 botol
sekali minum 6-7aun je
nak tido memang mintak susu dl
makanan dia nasi dan lauk
sayur buah langsung xmau
roti dan biskut agak memilih
ada yg suka ada yg tak
dia bukan jenis suka mengunyah
dia tau makan nasi je |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dh terlampau byk bg susu...mana dh ada selera nk mkn |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ade kes mcm ni, dr warning, boleh rosak kidney kalau budak minum susu je. rajin2 la bg makanan kt anak ikut saranan. |
|
|
|
|
|
|
|
my son makan, makan jgk...tp ssu pun mintak jgk...tp xdela kerap sgt |
|
|
|
|
|
|
|
berat bdan dia ssut sikit,tp dia makin tgi...kira ok la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah munah pun sebenarnya susah makan. Waktu kecik sikit umur dia makanan yang dia nak nasi goreng je. Tiap2 hari nak nasi goreng. Kalau lauk semua dia tak nak. Ni umur nak masuk 8 tahun pun makan masih lagi memilih. sebab utamanya ialah kakak ipar munah tak reti masak. pastu dia memang pemalas orangnya. Anak2 dia bagi makan processed food macam nugget atau sosej selain daripada nasi goreng. Paling tidak dia akan masak ayam goreng makan dengan kicap. Serious munah kesian tengok anak buah munah. Tapi kakak ipar and abang munah dah besar panjang rasa segan nak tegur. Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
munahjolie replied at 30-12-2017 09:57 PM
Anak buah munah pun sebenarnya susah makan. Waktu kecik sikit umur dia makanan yang dia nak nasi gor ...
Kdg2 bila parent bz kje pun antara faktornye jgk.. Dulu masa kaka ipar ai x kje rajin je du masak mcm2 utk anak2.. Tp sejak kembali bkerja nih.. Alahaiiii.. Asek2 nugget..sosej... Fries... Roti canai segera cecah susu...sayur buah mmg xde lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
selain kes parents pemalas dan asik suap susu sbb senang, ada sejenis parents yg aku pun tak paham iaitu suka sgt layan anak suka ayam goreng.
misalnya..ko masak la kari ikan + sayur bayam + ikan bakar dgn nasi. tup2 ada jugak ayam goreng sbb anak no. 3 tak makan lauk lain dia nk ayam je. cubalah ko jgn melayan dan jgn beri dia mkn satu jenis lauk setiap hari sbb tu je dia suka, supaya anak tu dpt khasiat makanan dari pelbagai jenis vitamin protein bagai. ni bila pegi rumah org mulalah menyusahkan org nk menggoreng ayam utk anak ko seketul |
|
|
|
|
|
|
|
mcm terbalik pulak dengan ank saya
skarang sejak dok taska, banyak kali minum susu
semua org prasan dia debab
mmg xlarat nk dokong lelama
b4 ni dok umah bb ster...asuh dia sorang, anak da besa2 so dia xbrape nk rajin bg susu
sekali je, bila balik rumah...mmg lapa sesangat je anak saya huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata bz tak juga. Dia kerja pukul 5 ptg sampai 12malam je sebab kerja newspaper. So kiranya pagi tengah hari tu ada je kat rumah boleh je masak untuk anak dan suami tapi dia memang jenis pemalas. Kalau balik rumah kitorang, yang masak untuk dia Munah and mak munah sebab alasan nak jaga baby. Kau jaga ke? Asyik scroll fb adalah. Sampai budak tu dah besar gedabak pun tak reti makan. Kesian tau anak buah Munah tu. Mak munah pernah je tegur sedas dua kat kakak ipar supaya rajin masak tapi endah tak endah je. Hmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaa ni lebih kurang dengan situasi Munah. Anak buah Munah tu memang agak menyusahkan sebab dia kalau pergi rumah orang dia tak akan makan. Dia akan demand nasi goreng. Tapi nasi goreng tu mestilah kena dengan tekak dia. Kalau nasi tu pedas ke atau dia tak suka memang dia tak makan. Munah kadang2 segan dengan sedara mara sebab peel anak buah macam tu tapi hanya mampu tersenyum je lah Munah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman iolls with my anak sulong mmg he tanak makan makanan asyik nak susu aje..and sampai besar became very choosey with his foods, macam2 tanak makan, tapinya alhamdulillah otaknya geliga
Therefore, anak yg seterusnya iolls cepat2 introduce foods bila baby dah start boleh makan solid foods {:nose{:hooray{:childlike{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Actually tak ramai parents yg sanggup melayan anak makan.. diorang bkn mcm adults yg kalo mkn boleh fokus sampai abis & tak sepah.
Budak below 5 years old akan makan habis kalo disuap & yg biasa mkn sendiri tu diorang akan pilih mana yg suka je, takmo sayur ke ayam ke ikan ke bawang ke depa tolak je tepi pinggan
Kalo dh penat keje pastu nak masak kemas umah lg mmg mintak nyawa ler, nak2 bg wife yg husband jenis berlagak bujang ni. Makan hati ler jawabnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|