Majlis pernikahan kebiasaannya dipenuhi dengan gelak ketawa dan senyum riang kerana meraikan hari bahagia.
Namun kadang kala pengantin akan menitiskan air mata terharu dan gembira apabila mendengar ucapan yang diberikan oleh kaum keluarga dan teman rapat.
Pasangan pengantin baru dari New York ini juga tidak terkecuali apabila ahli keluarga mula memberi ucapan tahniah sempena perkahwinan mereka.
Paling mengejutkan apabila bapa saudaranya memberikan ucapan yang sangat menyentuh hati dengan membaca surat daripada arwah bapanya!
Emily Darbey yang menetap di New York, telah kehilangan bapanya, Todd Excell, pada bulan Mei tahun 2001 yang meninggal dunia kerana kanser.
15 tahun kemudian, Emily telah menemui cinta hatinya dan bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Shakeal Darbey pada 4 Oktober 2016.
“Buat anak kesayangan saya, Emily”, air mata Emily mula membasahi pipinya.
“Kamu sentiasa berada dalam hati dan jiwa bapa selamanya”
Surat itu merupakan surat kiriman bapa Emily yang meminta bantuan isterinya (ibu Emily) untuk menuliskan ucapannya 20 hari sebelum meninggal dunia.
Surat itu kemudian disimpan rapi sehingga tiba saat surat itu perlu didedahkan, iaitu pada majlis perkahwinan Emily.
“Bapa menulis surat ini khas sempena perkahwinan kamu bagi memberitahu kamu bahawa bapa ada bersama di majlis kamu, walaupun secara fizikalnya bapa tiada.
Kamu merupakan sinaran yang menerangi hari kelam bapa. Bapa mahu kamu hidup penuh gembira dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang telah Tuhan kurniakan.
Bapa minta agar kamu dan suami melayan satu sama lain dengan penuh kasih sayang dan perasaan hormat. Bapa sayangkan kamu, Emily. Bapa juga menyayangi suami kamu.
“Bapa akan sentiasa ada di mana sahaja kamu berada. Buat suami kamu, bapa akan bersamanya juga”.
Sewaktu tetamu fikir ucapan tersebut sudah berakhir, Peter lantas bersuara:
“Buat suami Emily……saya tidak sempat untuk menyoal kamu mengapa kamu bercinta dengan anak saya. Saya juga tidak sempat untuk mencatatkan lesen memandu dan jenis kereta kamu.
Tetapi apa yang saya boleh lakukan adalah…..menghantui kamu”.
Mendengar sahaja ‘ancaman’ bapa Emily yang lucu, Shakeal mengangguk manakala Emily dan tetamu pula ketawa.
“Layanilah Emily bak seorang puteri dan hormatilah dia bak seorang ratu”, tulis Excell.
Sungguhpun bapanya tidak lagi bersama mereka, namun surat tersebut adalah bukti betapa dalam kasih sayang ayahnya terhadap Emily.
Bagi yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargai lah mereka sementara masih berkesempatan ya. - CARI |