CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2944|Reply: 4

Dah Banyak Amaran, Tapi Tak Serik! Nak Tunggu Lidah Dipotong Macam Ni Ke?

[Copy link]
Post time 3-1-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Foto: Carian Internet






Kalau dah nama perokok tegar, bila dikatakan akan membawa mudarat pun memang tak ambil peduli. Banyak iklan dan berita serta amaran akibat merokok terpampang di berita, akhbar, mahupun laman sosial. Semuanya bagaikan mencurah air ke daun keladi.


Tabiat merokok ni selalunya bermula dari remaja, ada yang terikut dengan melihat bapa atau adik-beradik lain yang merokok. Ada sesetengah tu terikut dengan kawan-kawan. Lebih parah, mahu terlihat seperti budak 'cool' tanpa memikirkan kesan sampingan jangka masa panjang.


Ya, mungkin belum berlaku kepada diri sendiri. Tapi, bila penyakit dah menghinggapi ke atas tubuh, semuanya sudah terlambat! Menyesal di kemudian hari nanti dah tak berguna lagi masa tu.




Foto: mStar Online





Menurut doktor, kebiasaannya penyakit kanser mulut terdiri daripada perokok tegar. Tak perlu pergi jauh, kisah ini berlaku dalam negara tercinta kita sendiri. Muhammad Faid mula merokok sejak berusia 17 tahun sebanyak lima batang sehari bersama rakan-rakannya. Kini, di usia 24 tahun dia telah disahkan menghidap kanser mulut dan sedang menjalani kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur.


Pelajar tahun akhir jurusan pendidikan di salah sebuah universiti itu pada mulanya hanya mengalami masalah ulser pada lidah kirinya. Namun keadaan memburuk apabila dia mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga di lidah menyebabkan luka tidak sembuh dengan mudah.


Kansernya berada di tahap satu dan dua pada Februari lalu, namun beralih ke tahap tiga pada bulan Mei. Cepat betul barah merebak!





Foto: Carian Internet





Oleh itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Faid pada 17 Mei dan membina semula lidahnya dari lebihan kulit paha. Aduh ngerinya!


Beliau dikhabarkan boleh bercakap sedikit tapi hanya boleh makan menggunakan tiub khas, manakala trakeanya ditebuk untuk membolehkan beliau bernafas. Sedih, bukan?


Diharap perokok tegar boleh ambil iktibar dari cerita ini, menyesal kemudian hari nanti dah tak berguna lagi. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 08:59 AM | Show all posts
dah kena gini baru nk sedih..


kalau tak, bukan hormat org sekeliling bila hisap rokok.. main hembus je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 08:59 AM | Show all posts
dah kena gini baru nk sedih..


kalau tak, bukan hormat org sekeliling bila hisap rokok.. main hembus je
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 09:42 AM | Show all posts
Berita ni seperti angin lalu je bagi perokok. Trust me
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Merokok lah selagi anda mampu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043684 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list