Ingat tak dulu ada satu kumpulan yang pernah kecoh dan tular mereka memanjat papan tanda Ipoh? Kes ini pernah mendapat perhatian meluas dari banyak pihak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh yang menyifatkan mereka ini sebagai tak sayang nyawa.
Kali ini heboh lagi bila Farihan Baharudin, salah seorang daripada 'geng berani mati' itu sekali lagi melakukan aksi bahaya. Memang betul-betul tak serik!
Sumber : Twitter
Menerusi Twitter, wanita ini memuat naik satu video, menunjukkan dia berada di dalam hammock yang dipasangkan di tempat tinggi. Fuh,seriau tengok!
Entri dengan kapsyen 'How i start my 2018' ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang mempersoalkan tentang tujuan dia berbuat aksi demikian.
Tidak kurang juga yang bertanya tentang aspek keselamatan dan menuduhnya sebagai seorang yang suka menagih perhatian.
Difahamkan Farihan sedang berbulan madu bersama suaminya dan masing-masing mempunyai minat ekstrem yang sama.
Sumber : Twittter
Apa-apa pun dia ada memberitahu memakai 'harness' dan sudah mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum melakukan sebarang aksi bahaya.
Berpantang maut sebelum ajal. Netizen janganlah terlebih risau, dia kan ada suami pandailah dia jaga. Tak begitu? -CARI |