View: 6380|Reply: 68
|
[Tempatan]
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sini dikatakan tidak memilik
[Copy link]
|
|
Norazle (dua kanan) sewaktu melakukan lawatan ke rumah Fabilah di Rumah Pangsa Al-Ihsan, Majlis Agama Islam Melaka, Tengkera di sini, hari ini.
BANDARAYA MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sini dikatakan tidak memiliki sijil kelahiran sejak lahir gara-gara kegagalan ibunya menjelaskan bil sewaktu bersalin di sebuah hospital swasta di sini.
Nur Qistina Qalisyah Abdullah kini dibesarkan oleh nenek selepas ibunya meninggal dunia pada 1 Julai tahun lalu akibat permasalahan pada bahagian perut manakala bapanya pula gagal dikesan sehingga kini.
Neneknya, Fabilah Daud, 54, yang tinggal di Rumah Pangsa Al-Ihsan, Majlis Agama Islam Melaka, Tengkera berkata, sebelum ini dia langsung tidak mengetahui cucunya itu tidak mempunyai sijil kelahiran sehinggalah anaknya, Allahyarhamah Fauziah Zainal Abidin memberitahu sebelum akhir hayatnya.
"Masa dia (arwah anak) sakit di hospital, baharulah dia memberitahu saya bahawa anaknya itu masih tidak mempunyai sijil kelahiran lantaran terus mengusahakannya sebaik ibunya meninggal dunia.
"Sebab saya fikir nanti dia akan berdepan kesukaran untuk bersekolah, saya memang nak dia ke sekolah, saya tidak mahu dia teraba-raba, saya sayangkan semua cucu-cucu saya, walaupun emak dia sudah tiada lagi," katanya.
Fabilah berkata, dia kini hanya bekerja sebagai pencuci masjid di Kampung Limbongan di samping melakukan jualan buah-buahan potong bagi menyara keluarga.
"Saya tinggal di sini seramai sembilan orang, termasuk suami, tiga anak serta empat orang cucu.
"Saya hanya bergantung pendapatan sebagai tukang bersih masjid di Limbongan, tapi sekarang dah dua minggu tidak bekerja sebab tidak sihat. Ada masa saya jual buah potong, naik motosikal sebab nak cari duit belanja," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Melaka, Norazle Sulaiman yang melakukan lawatan ke rumah keluarga itu hari ini berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memproses permohonan sijil kelahiran kanak-kanak terbabit.
"Dari segi teknikal dan sudut perundangan kita sudahpun melihat segala keperluan untuk pendaftaran lewat sijil kelahiran kanak-kanak ini.
"Kami dapati segalanya mencukupi, justeru, tiada masalah pada pihak JPN, apatah lagi dengan bantuan Pembela BN dan MyPPP yang mengkoordinasi masalah rakyat ini. Saya percaya ia akan dapat diselesaikan segera," katanya.
Hadir sama, Pengarah Pembela BN negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, Setiausaha Kerja MyPPP negeri, Aznizam Mat dan Pegawai Khas Komuniti Dun Kota Laksamana, Iskandar Loh Abdullah.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...salin-1.779044
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg gi beranak kt spital swasta tu nape.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau xde duit...beranak ler kat hospital gomen
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannn...harap cepat laa dpt sijil lahir... |
|
|
|
|
|
|
|
bapak si anak ni kat mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
org beranak kat rumah pun blh ada sijil lahir sebab daftarkan kelahiran...
isunya bukan sebab beranak kat hospital swasta atau bukan...
tapi kenapa tak daftarkan kat JPN lepas beranak tu?????
sendiri tak daftarkan guna alasan tak byr medical fees pulak..
kalau betul tak jelaskan fee tu tak blh kluar hospital nenek oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
siannya... smg dipermudah kn urusan adik ini |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin x cukup dokumen spt buku merah/ surat nikah etc..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak tu pula yang jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
reason tak nak daftar sebab binti abdullah kot..
takde kena mengena bil hospital pun..
hospital, hospital la.. daftar dengan JPN..
hospital dengan JPN mana ada link.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah buku merah... org ygn beranak di rumah tu tak perlu buku merah...
pegi jer mana2 JPN, bawak surat rujukan doktor (hospital gomen percuma) dan daftar...
kalau yg lewat pun denda rm50 jer...
ignorant nie...kalau dokumen tak cukup pun paling teruk pegawai JKM akan kluarkan surat....utk benarkan pendaftaran..cuma kat sijil lahir tu kat maklumat mak pak akan jadi maklumat tidak diperolehi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian adik ni... Harapnya urusan ni dpt diselesaikan |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kes lahir luar nikah kut...sbb tgk budak ni bt abdullah.
agaknya kes malu nak lahir kat hosp gomen, tu yg ke swasta kut
|
|
|
|
|
|
|
|
siann adik ni. moga dipermudahkn urusan mreka |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la tu yg buatkan kena pilih kinik swasta walaupun xmampu..kalau gomen dia nak surat nikah bagai kan..tah aku lupa sbb dah lama beranak |
|
|
|
|
|
|
|
nape beranak kt siptal swasta
kalau xde surat dr siptal x bleh gi JPN ker daftar
x tau lak aku...
da berpuluh tahun x beranak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya adik ni. Tak pasal2 jadi mangsa. Semoga dipermudahkan urusannya.
Ada la sebabnya tu arwah maknya dulu pergi private hospital. |
|
|
|
|
|
|
| |
|