Mungkin ada yang pelik dengan namanya. Tapi, bagi masyarakat Jawa, makanan Punten bukanlah sesuatu yang pelik dan asing bagi mereka.
Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat melayu.
Cuma, yang berbeza ialah Punten mempunyai rasa yang berlemak seperti nasi lemak kerana pembuatannya dicampur dengan santan dan garam.
Masyarakat Jawa biasanya meminati Punten ini jika dimakan bersama dengan sambal merah ataupun sambal totok Jawa. Memang terbaik!
Nak tahu cara-cara membuat Punten? Jom ikuti perkongsian dari Air Tangan Cik Siti cara-cara nak buat Punten.
Bahan-bahan (untuk 2 orang):
1 cawan beras (sebaiknya beras biasa)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - seperti membuat nasi lemak)
Air secukupnya
Cara-cara membuatnya
1) Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.
2) Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan-tekan dengan daun pisang atau plastik. Ratakan... Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan-tekan sampai rata dan padat. Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.
3) Bila dah sejuk, boleh potong... Kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekatlah nanti.
Siap untuk dimakan bersama sambal yang anda suka! - CARI
|