CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3859|Reply: 10

Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang! Perut Kenyang, Badan Pun Sihat

[Copy link]
Post time 8-1-2018 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Kita dah biasa makan serunding ayam, daging dan juga ikan. Tapi pernahkah anda cuba serunding halia?


Kebiasaannya serunding halia dimakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang kerana ia bagus untuk membuang angin dalam badan.


Bahan-bahan seperti halia dan bawang putih yang terkandung dalam resipi inilah yang berfungsi membantu membuang angin dalam badan.


Bukan wanita yang sedang berpantang sahaja, sesiapa pun digalakkan makan kalau rasa badan tu banyak angin. Rasa sedap, badan pun sihat. Jom cuba!


Bahan-bahan:
Halia
Bawang putih
Sedikit garam


Cara Memasak:
1. Tumbuk halia hingga hancur. Perah air jusnya kemudian goreng hingga garing.





2. Hiris nipis bawang putih dan goreng sehingga garing. Tabur sedikit garam sebagai perisa (ikut citarasa anda)





3. Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi. Siap. Mudah bukan?
4. Ia sangat enak dinikmati bersama nasi putih panas.







Kalau nak lebih sedap, anda boleh tambah ikan bilis yang digoreng garing. Menyelerakan! Dalam masa yang sama memberi banyak manfaat terhadap tubuh badan. Selamat mencuba! -CARI


Kredit resipi: Puan Salimah Olie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu tengok kat fb
tapi belum rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mmg makanan pantang yg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak try la buat.. makan dengan bubur
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hey gigih iols sagat benda ni konon nk standby mkn time pntg..skali hubby iols dok perabih  dulu...sedap katanya mkn dgn nasik panas..tp iols tmbh black pepper sket...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam best ja. Boleh buat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat nanti....badan aku ni dh ler banyak angin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 08:58 AM | Show all posts
nk try la... bila x bselera try mkn hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:26 AM | Show all posts
kat Sarawak byk jual ni
sedap giler wpn panas lps mkn
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tahan lama ke?boleh simpan sampai habis pntang ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.326277 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list