CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 8

Sekarang You Apa Masalah?-Uncle Ni Salah Masuk Jalan, Tapi Dia Pula Yang Memaki

[Copy link]
Post time 11-1-2018 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Perselisihan faham semasa memandu di jalan raya adalah perkara normal, dan jika ditangani dengan baik ianya boleh diselesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan apa-apa pergaduhan.


Namun apa akan jadi kalau pihak yang salah pula yang memaki hamun dan tidak mahu megakui kesalahannya?


Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pemandu berbangsa Cina dilihat memarahi seorang lelaki Melayu yang dituduh sengaja mahu melanggar keretanya.



Walhal, menurut si lelaki Melayu, pemandu yang marah itulah yang salah kerana memasuki jalan lawan arus. Bukan nak minta maaf, sebaliknya cari gaduh pula.



Nah, tonton video tersebut dan fahamkan situasinya.





Apa yang membuat ramai kagum adalah sifat tenang yang ditunjukkan oleh lelaki Melayu tersebut kerana tidak melenting walau pun berterusan dimaki hamun.







Pelbagai reaksi telah diberikan oleh para netizen, dan rata-rata memuji lelaki Melayu yang kekal tenang dan waras.




Macam kelakar pun ada juga kan? Disebabkan ego, dah terang-terangan salah pun mahu pertahankan juga diri tidak bersalah.

Kalau jumpa pemandu acah-acah gengster begini, agak-agaknya apa anda nak buat? -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah eksiden ada mamat ni langgar lampu merah. Siap mintak duit dgn laki aku suruh bayar kete dia. Aku dengan garangnya terus ckp takde bayar2. Pergi balai report tgk sape salah. Tgk2 dia salah hahahh. Claim je la insurans dia. Tak payah pening2 nak gaduh ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 04:05 PM | Show all posts
zaman skrg kereta pun kena pasang DashCam...
babi payah nak ngaku dia babi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Unkel tu mungkin malam sebelumnya xcukup tido kottt...tu yg menyinga semacam {:stress
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 05:31 PM | Show all posts
Kali ini terlepas . Lain kali dia cuba sama lain orang....si biadab tu tak akan sentiasa bernasib  baik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila apek tu start ckp " ini jalan bapak u punya ka?" maknanya dia dh x tau nk balas apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
"You siapa you siapa" betul lah tu dah tau dia salah pas tu tengking orang. Kalau kena kt I satu hari satu malam lah berbalas tengkingan confirm dia kalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Xiao Yi dash cam bagus. Pasang je dekat kereta. Kadang2 orang nampak kita pasang, diorang takut nak buat macam2. Takut kena rakam, padehal kadang2 cam tu tak on pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 12:50 PM | Show all posts
Betul tu zaman sekarang penting ada Dash Cam yang lain2 gi balai untuk settle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053867 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list