|
|
Kaki jalan dan pengembara tegar sudah maklum Iceland sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman semula jadi yang menawan dan menarik. Antaranya aurora borealis, geiser dan glasier, silfra dan banyak lagi fenomena semula jadi yang mengagumkan.
Berpeluang menjejakkan kaki di Iceland tapi tak pasti di mana nak bermalam? Ada banyak hostel, hotel dan Airbnb (homestay) yang anda boleh pilih mengikut bajet anda.
Namun ada sebuah jenis penginapan yang anda pasti nak cuba kalau dah terlajak ke Iceland. Cubalah menginap di dalam bubble atau igloo tanpa ada apa-apa pelindung atau langsir ini!
Lokasi Bubble ini kurang 70 minit pemanduan dari bandar Reykjavik. Lokasi sebenar hanya akan dimaklumkan selepas tempahan dibuat.
Jika anda datang pada musim sejuk, kebarangkalian untuk anda menyaksikan aurora dari dalam igloo adalah sangat tinggi! Jika anda datang pada musim panas pula, anda boleh menyaksikan matahari tengah malam. Mengujakan, bukan?!
Lokasi penginapan ini sungguh strategik, berdekatan dengan tempat menyaksikan geiser dan juga kolam air panas tertua di Iceland iaitu The Secret Lagoon dan juga sebuah ladang kuda. Sebuah restoran turut terletak berdekatan.
Anda harus cuba Langoustines dan pizza margarita beserta sos cili raspberi di Restoran Mika ni. Memang sedap dan pasti licin pinggan!
Jenis penginapan ini mungkin bukan untuk semua orang. Bagi yang berani dan mahukan pengalaman penginapan yang berbeza, cubalah! Anda pasti puas hati! -CARI |
|