View: 16858|Reply: 143
|
[Tempatan]
Wanita New Zealand jijik pakaian pramugari Malaysia seksI.
[Copy link]
|
|
Surat Dr. June Robertson kepada Datuk Hanafi Mamat mengenai rasa tidak senangnya berhubung uniform sebuah syarikat penerbangan negara yang terlalu seksi.-UTUSAN
Surat Dr. June Robertson kepada Datuk Hanafi Mamat mengenai rasa tidak senangnya berhubung uniform sebuah syarikat penerbangan negara yang terlalu seksi.
KOTA BHARU 14 Jan. - Syarikat penerbangan di negara ini sekali lagi digesa supaya menguatkuasakan pakaian yang menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberikan tanggapan yang salah terhadap Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau telah menerima sepucuk surat daripada seorang wanita warga New Zealand yang melahirkan rasa 'jijik' ke atas uniform pramugari sebuah syarikat penerbangan negara.
Beliau berkata, Dr. June Robertson menyatakan bahawa beliau menulis surat tersebut sebagai respon kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari terbabit.
"Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi.
"Dalam surat itu Robertson menyatakan beliau datang ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lalu kerana sukakan negara ini. Beliau merasa terlalu 'jijik' apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu pendek dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.
"Pada Oktober 2017, beliau telah menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberikan layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka, beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 12 Disember lalu, dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara semalam, Hanafi mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat pe*nerbangan Malaysia.
Beliau dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat.
Mengulas lanjut, Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, langkah tersebut tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.
"Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan tersebut dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat pun tidak memakai skirt yang sesingkat itu.
"Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan," katanya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz54AMhh0ZW
|
|
|
|
|
|
|
|
Air asia ke?
Skirt bukan standardize ke...
Iols jrg tgk.pramugari air asia ni |
|
|
|
|
|
|
|
AA skirt atas kepala lutut khenz..
tapi bukanla mInI skirt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya seperti tak percaya sahaja. Mungkin surat ni dari lobai malaya menyamar sebagai dr June Robertson! |
|
|
|
|
|
|
|
Stewardess AA pakai skirt longgar sampai ankle pun sales takkan merudum punya, org naik AA sbb tambang murah tu. Lantaklah stewardess pakai kurung kedah sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pun aku dah ckp mcm pelacur
lucahnya
rambut karat
xsenonoh
mungkin omputih tu mengharapkan Malaysia truely Asia sbg lambang personaliti seluruh sistem pekerjaan di malaysia termasuk dress code. |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 14-1-2018 10:20 PM
Stewardess AA pakai skirt longgar sampai ankle pun sales takkan merudum punya, org naik AA sbb tamba ...
ehh lawa gak klu kurung kedah ni.. xder la fitt sgt pun.. tp sure la terbelah kain gak nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aa punya cikki pon mcm cikaro mekap seko2. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup..mmg seksi..terutama klu tgk budak malay islam pakai..kejadah apa AA buat pakaian mcm tu..xmencerminkan msia as asia pun..klu pakai long slack pun okay.klu gatal nk bskirt sgt,labuhkanlah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
My hubby pun tak berapa gemar fly AA dia ckp stewardess berpakaian tidak sopan.kamu fly AA kalau terdesak. |
|
|
|
|
|
|
|
i nak tanya, chuolls kalau naik flight memang tgk from head to toe ke? iolls cuma tgk bahagian atas je, so i rasa decent jah pemakaian nye.. kosser la nak telek from head to toe.. mekap 2 inci masih nampak lubang, selayaknya naik flight tidur jah terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
i nak tanya, chuolls kalau naik flight memang tgk from head to toe ke? iolls cuma tgk bahagian atas je, so i rasa decent jah pemakaian nye.. kosser la nak telek from head to toe.. mekap 2 inci masih nampak lubang, selayaknya naik flight tidur jah terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang jadik FA AA nih ramai stok stok minah rempit belaka , I ada kenal sorang minah rempit kat sekolah menengah dulu lepas abis SPM dah jadik FA AA , Tony Fernandes nih dia cerdik , dia bukan kira kualiti dia kira apa yang boleh jimatkan duit dia , itu pasal FA dia kualiti low class...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak copy Richard Branson punya airline Virgin Atlantic ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ish.. kalo dlm flight AA yg sempit tu sorry la. Mmg xleh nak elak terpandang/tersenggol masa u bump into them. Well apa nak buat, just ucap syukur & nikmati saja
Just wondering, FA diorang x rasa malu ke or x selesa dipandang berpakaian mcm tu eh.. Maybe confident level tinggi or dah diajar |
|
|
|
|
|
|
|
timahterung replied at 14-1-2018 11:00 PM
Yang jadik FA AA nih ramai stok stok minah rempit belaka , I ada kenal sorang minah rempit kat se ...
Akak setuju dgn kau dik memang depa ni nmpk rempit sgt eg bekas bini mat yo.even British airways,Cathays Pacific,Thai Airways pun xde ketat mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Baju malindo pun sexy.. pki kemain ketat, belah lag |
|
|
|
|
|
|
|
'bekas ' bini ??? Dah cerai ke??? Yang marah orang tua kat airport tu kann ???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|