CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5512|Reply: 19

Nama Unik Tapi Asyik Sekali! Makanan Sarawak Kitak Perlu Cuba, Kalau Tidak Rugi

[Copy link]
Post time 15-1-2018 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Sarawak Bumi Kenyalang. Terkenal dengan mee kolok, laksa sarawak dan kek lapis serta ikan masin terubuk menyebabkan ramai yang mahu datang bercuti ke sini.


Namun tahukah anda bahawa selain Sabah, Sarawak juga mempunyai makanan unik yang perlu anda cuba dalam mencari kelainan jika berkunjung ke negeri ini.


Jadi di sini kami akan senaraikan lima makanan unik di Sarawak yang anda boleh cuba seperti yang ditulis di laman Butterkicap.


1) Manok Pansuh

Foto - alchetron.com



Ayam dimasak di dalam buluh. Menarik bukan? Itulah Manok Pansuh yang patut anda cuba dan ia adalah makanan tradisional masyarakat Iban.


Cara masak Manok Pansuh ini sama sahaja seperti menyediakan lemang.


Kalau nak tahu Manok bermaksud ayam dan Pansoh pula adalah masak dalam buluh. Cara masakan ini dikatakan berasal dari masyarakat Iban dan mereka memanggilnya Manuk Pansuh atau Manuk Lulun. Selain ayam mereka turut memasak makanan lain seperti daging dan ikan menggunakan kaedah sama.


2) Umai

Foto - kambatikpark.blogspot.my



Popular di kalangan masyarakat Melanau, Umai disediakan daripada ikan yang mentah. Malah makanan ini turut digemari oleh semua suku kaum di Sarawak.


Untuk menyediakan Umai ikan mentah akan dibersihkan lalu diambil isinya dan dipotong kecil-kecil. Kemudiaannya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Turut dicampur bahan perasa lain untuk menyedapkannya.


Kebiasaannya umai yang sering dijumpai di Sarawak adalah Umai Ikan dan Umai Udang. Oh ya makanan ini lebih sedap bila di makan sejuk-sejuk jadi boleh simpan dalam peti sejuk dulu.


3) Midin

Foto - discoversibu.blogspot.my



Midin bukan Mydin! Midin ini adalah sejenis sayur atau nama panjangnya adalah Kemidin. Sayur ini cukup popular di Sarawak.


Sayur Midin ini kebiasaannya dimasak goreng belacan dan kalau perasan rupanya tidak ubah seperti sayur pucuk paku.


Makanan ini juga turut popular dikalangan Masyarakat Iban cuma difahamkan cara penyediaan mereka sedikit berbeza. Kalau anda ke Sarawak jangan khuatir kerana  sayur ini senang dijumpai di kedai-kedai makan.

4) Penganan

Foto - sarawakianaii.blogspot.my



Kita beralih pula kepada kuih tradisional yang sedikit unik. Dikenali sebagai Penganan kuih ini merupakan kuih tradisional masyarakat Iban.


Ia sering menjadi makanan wajib kepada suku kaum ini terutamanya ketika perayaan Hari Gawai.


Diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain, ia kemudiannya dijadikan doh sebelum digoreng. Rasanya yang kenyal dan manis pasti membuka selera anda untuk makan kuih ini.

5) Tebaloi

Foto - kamaluddin.blogspot.my



Biskut sagu. Itu adalah Tebaloi yang merupakan sejenis makanan tradisional Masyarakat Melanau di Sarawak. Nama pun Biskut Sagu kan, jadi bahan utamanya sudah tentu sagu.


Apa yang menarik Tebaloi ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan makanan tradisonal Sarawak yang mempunyai permintaan tinggi.


Jadi jika ke Sarawak jangan lupa cari biskut ini untuk dicuba.


Ha amacam? Ada ke antara makanan pelik yang kami senaraikan ini anda pernah cuba? Kalau sudah bagus kalau belum apa lagi bolehlah masukan dalam senarai makanan perlu dicari jika berkunjung ke Sarawak. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang 4 tahun duduk Miri ni, yang makanan last tu je tak pernah rasa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak pernah makan. Nak try lah nanti. Cari restoran srwk area KL.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabaloi tu sedap...ada byk perisa... kena patah2kan masuk dlm tupperware.. kat Kuching byk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabaloi tu sedap...ada byk perisa... kena patah2kan masuk dlm tupperware.. kat Kuching byk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg no 2 tu sedap
No 3 sedap celur buat ulam
Yg lain2 x  pernah makan lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolu jiran iols slali bagi tebaloi tu..
Dia org swak...
Depan umah dia slalu ada tempurung kekura..hahaha..
Dia kata kekura bagus utk kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pun x pernah ku rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 08:21 PM | Show all posts
br lek kuching

sumer dah merase

not bad
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:33 PM | Show all posts
kat mana restoran swak yg sedap area kl?

teringin sgt nak mkn laksa swak yg sedap

aritu mkn kat setapak sentral yg tepi mbo cinema tu tak sedap langsung. dah la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 10:55 AM | Show all posts
Edited by EncikRhoma at 19-1-2018 08:00 AM
gam_gajah replied at 17-1-2018 07:33 AM
kat mana restoran swak yg sedap area kl?

teringin sgt nak mkn laksa swak yg sedap

kat jalan pahang dekat dengan area restoren haslam ada 1 restoren sarawak. Nama restoren tu dapoer sarawak. Kat sunway putra mall pun x silap ada restoren sarawak jugak.  Try la. Sedap ke tak, tak tau la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:57 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 19-1-2018 10:55 AM
kat jalan kuching dekat dengan area restoren haslam ada 1 restoren sarawak. Nama restoren tu dapoe ...

tks for the info

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu time selalu p serawak x mkn mknan lain dh semua yg made in serawak..nyaman tok
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:55 PM | Show all posts

sori salah taip. bukan jalan kuching. Jalan pahang sebenarnya. Kat restoren haslam. Dok tengok sarawak, tertaip jalan kuching pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:57 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 19-1-2018 03:55 PM
sori salah taip. bukan jalan kuching. Jalan pahang sebenarnya. Kat restoren haslam. Dok tengok sar ...

haaaa...takpe2...

aku mmg ingt ada cawangan lain restoran haslam tu kat jln kuching haha

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 04:15 PM | Show all posts
bubur pedas sarawak best x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 11:50 AM | Show all posts
Tebaloi dah rasa..tak berapa sedap
umai belum cuba tapi rasanya sama dengan kerabu ikan tamban kelantan (isi mentah dan masak dengan perahan air limau nipis)
midin tu macam pucuk miding atau pucuk paku la kotmanok pansuh belum cuba tapi kawan cakap sedap

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 02:04 PM | Show all posts
midin tu memang sedappppp
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
akak ex bf dulu org sarawak tp xde jodoh. mungkin psl akak takde effort nak belajar bahasa sarawak langsung kut. lol.

banyak kali jugak akak ikut dia balik kg . mmg puas la makan umai midin tu.

tp kenapa takde kek lapis dik?

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 06:22 PM | Show all posts
midin! sedapnya.. goreng belacan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.397034 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list