View: 1791|Reply: 3
|
"Abaikan Je Ibu Bapa Cerewet Tapi Tak Mampu Upah Guru Peribadi" - Neti
[Copy link]
|
|
Umum tahu, guru umpama ibu bapa kedua bagi anak-anak ketika berada di sekolah.
Mana taknya, gurulah yang mengajar, mendidik dan mengasuh serta menjaga murid. Boleh dikatakan, anak-anak kita lebih banyak menghabiskan masa bersama guru berbanding ibu bapa di rumah sampaikan guru sudah menganggap mereka seperti anak sendiri.
Kita juga biasa disajikan dengan cerita guru yang terpaksa menguruskan anak murid 'terlepas membuang' di dalam seluar.
Sama seperti apa dialami guru ini. Menurutnya, dia tak tergamak membiarkan muridnya yang terbuang air besar di dalam seluar begitu sahaja.
Pun begitu, selepas apa dilakukan dan dikorbankan guru, masih ada yang 'menutup mata' dan melepaskan kemarahan terhadap guru sekiranya terjadi perkara kurang menyenangkan membabitkan anak mereka di sekolah.
Cuma satu pintanya. Dia mengharapkan ibu bapa menghargai pengorbanan guru sebagai ibu bapa kedua buat anak-anak mereka.
Murid 'terbuang' dalam seluar
"Tak apa Man, jangan menangis," tulis Cikgu Mohd Salimi Ahmad.
Anggap murid sama macam anak sendiri
"Kenapa makan sikit saja? Makan saja banyak-banyak, jangan takut. Cikgu tak marah," tulisnya.
Maafkanlah kami sekiranya ada tersilap dalam mendidik
Ekoran perkongsian coretan itu, rata-rata netizen mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak berkorban demi mendidik anak mereka.
Betullah orang kata, perbuatan baik sering dilupakan. Namun, sekali kita buat salah, sampai bila-bila orang ingat pada kita. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh makan banyak banyak nanti terberak lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada je cikgu yg baik jenis niat nak mendidik anak murid jadi insan berguna tapi cikgu yg macam..hrmm malas nak cakap la.. pun ada jugak. Mana2 profesion pun sama.
Tapi 1 je aku selalu tertanya-tanya. Kenapa la toilet student kat sekolah teruk giler. Dengan air xde, getah paip pun xde. Mangkuk tandas berkerak. Lampu xde. Sebab tu ada budak takut nak masuk toilet sanggup berak dalam seluar |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena private tutor dgn basuh berak tu?
kalau hire private tutor tu dia ada ajar basuh berak sekali ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|