CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6545|Reply: 50

Che Ta Pun Nak Jadi Penyanyi, Tak Sabar Nak Dengar

[Copy link]
Post time 22-1-2018 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Siapa tidak kenal artis jelita yang sentiasa mencuri perhatian dengan penampilan serba mewahnya, Rozita Che Wan.


Selain mengacara, berlakon dan menjadi seorang usahawan Che Ta kini akan melibatkan diri dalam bidang nyanyian tidak lama lagi.

Foto: IG Rozita Che Wan


Hazami, komposer terkenal ini akan membantu merealisasikan impian Che Ta dan ini menambahkan lagi keterujaan Che Ta untuk fokus dengan lebih serius dalam bidang ini.


Foto: IG Hazami


Hazami orang yang bertanggungjawab ‘memujuk’ Che Ta untuk teruskan impiannya dan sebelum ini pernah juga penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain menawarkan peluang yang sama. Imran ketika itu mencari seorang pelakon untuk duet tapi bukan menyanyi.


Foto: IG Rozita


Disebabkan dia masih tidak bersedia untuk komitmen baru ini, dia menangguhkan hasratnya dulu dan baru kini dia terbuka hati untuk menerimanya sekali lagi apabila mengetahui bakat Hazami yang sememangnya terserlah dalam mencipta karya yang segar untuk dipersembahkan.


Che Ta tidak mengehadkan kemampuannya untuk genre tertentu namun dia lebih merasakan lagu balada dan irama Malaysia adalah yang sesuai untuknya.


Buat masa ini, Hazami sedang sibuk menyiapkan lagu Azharina dan Aishah dan kemudian barulah akan memberi perhatian kepada Che Ta.


Apabila ditanya apa kebolehan yang dilihat oleh Hazami terhadap Che Ta, dia pun menjawab sebelum ini dia pernah mendengar temannya yang merupakan pekerja Che Ta merakamkan video secara rahsia dan kedengaran suara Che Ta memang sesuai untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian.


Foto: IG Zain Saidin


Kemungkinan Hazami akan menghasilkan genre irama Malaysia yang akan diberi sentuhan moden. Suami Che Ta pula, Zain Saidin boleh menyanyikan rap dalam lagu berkenaan.


Wow, tidak sabar rasanya mendengar lagu Che Ta hasil sentuhan Hazami. Che Ta sendiri pun sudah bersedia untuk dikritik! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 01:04 PM | Show all posts
Penyanyi jadi pelakon...pelakon jadi penyanyi...pusing2 org yg sama je ...suara dah xpenting lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kosser la semua nak jadi penyanyi.. btul la apa yg shuk ckp smlm dlm bbb..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:07 PM | Show all posts
aleesyasofia replied at 22-1-2018 01:07 PM
kosser la semua nak jadi penyanyi.. btul la apa yg shuk ckp smlm dlm bbb..

dia cakp apa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Che ta mmg asal penyanyi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:21 PM | Show all posts
saya harap che ta xnyanyi lagu mcm bang sajat, vida & DBI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan noob dr iolss. Kalau bercakap pon x sedap kepit bingit tp kalau menyanyi boleh jd sedap ke tetiba? X paham ni   

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
shania88 replied at 22-1-2018 01:07 PM
dia cakp apa

chuolss tak tgk ke smlm.. shuk bwk watak tom ram.. rahim bwk wtak ayah kaki report tue.. tp bru dpt dato dan plan nk bt lagu.. shuk ckp jgn rosakkan industri muzik.. biarla org yg pndai nyanyi jer yg mnyanyi.. tp lps hulur duit trus la shuk pon nk bt lagu.. lbh kurg gitu la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 22-1-2018 01:07 PM
kosser la semua nak jadi penyanyi.. btul la apa yg shuk ckp smlm dlm bbb..

Pelawak skrg pon bukan takat melawak. Ada yg hosting berlakon bagai. Menyanyi pon boleh tp nasib belum ada yg buat album lg

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi laku dan masyuk rembat aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu mana? lagu che la.. #hambar
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:41 PM | Show all posts
skrg semua nak jd penyanyiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:54 PM | Show all posts
lebih baik aku dgr sore Liyana jasmay nyanyi live dari che ta
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 02:02 PM | Show all posts
sedap ke sore dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah makin sendu ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:47 PM | Show all posts
hmm jaman ni, jaman si kaya riak blumba2 jadi artis nyanyian. thn lepas berlumba2 wat minyak busuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 04:52 PM | Show all posts
confirm suara tak sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 05:14 PM | Show all posts
shania88 replied at 22-1-2018 01:54 PM
lebih baik aku dgr sore Liyana jasmay nyanyi live dari che ta

kauu....sempurna bagiku....tak kurang sesuatu.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
yg menarik psl kisah che ta nak nyanyi ni hanyalah part kesudian sheols nak rakam lagu irama malaysia...meols imagine mesti sheols nyanyi lagu ala2 boria yach
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 05:38 PM | Show all posts
ingatkan Kiah Pekasam tu suara che ta rupanya bukan ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077456 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list