Setiap orang mempunyai ciri dan tanda keperibadian tertentu. Nak tahu keperibadian anda dan orang sekeliling? Mari kenali dan dalami personaliti anda dengan memilih salah satu daripada tanda berikut.
Foto: themindsjournal.com
1) Ceria
Foto: Lemon-tv.ru
Buat anda yang sentiasa ceria, pasti ramai suka berdampingan dengan anda, kan? Dengan sifat anda yang sentiasa tenang, bersantai, tidak kisah bersosial di bawah cuaca panas mahupun sejuk. Pasti dapat menenangkan ramai orang disekeliling anda.
2) Penyayang
Foto: Rinaldofili.blogspot.com
Nah! Pasti ramai sekali memiliki sifat sebegini. Selain peka terhadap orang lain, anda selalu memberi perhatian, menolong orang lain di saat susah dan gemar mengamalkan gaya hidup sihat. Anda juga gemarkan aktiviti lasak seperti menaiki gunung kerana boleh menikmati keindahan semula jadi. Keistimewaan anda adalah anda seorang yang adil, tidak pilih kasih.
3) Suka menangguh
Foto: Amirnawami.com
Sentiasa tenang dan dapat mengawal keadaan. Bersifat memaksa, suka menangguh, tetapi kuat mental. Kalau pasangan anda suka dengan nombor 3 ini, jangan haraplah dia nak keluarkan kata-kata manja dan romantik. Susah nak tengok mereka bermanja tau. Tetapi, soal fesyen baju dan dekorasi rumah, mereka inilah paling handal.
4) Menyenangkan
Foto: Forestlakescountryclub.ca
Seorang yang ceria dan digemari ramai kerana sikap anda yang penuh dengan kejutan. Mudah bergaul dengan orang lain juga membuatkan ramai yang sentiasa berada dekat dengan anda.
5) Rasional
Foto: Hdfondos.eu
Anda seorang pemikir! Sering berfikir jauh ke hadapan disamping mempunyai sifat rendah hati dan dapat menerima pendapat orang lain. Anda selalu dijadikan tempat untuk mendapatkan nasihat dalam setiap permasalahan yang dihadapi rakan-rakan disebabkan cara pemikiran anda.
6) Serius
Foto: Visit-greve.com
Bagi yang selalu serius sahaja, anda seorang yang mempunyai pemikiran mendalam. Cakna terhadap masalah di sekeliling sama ada berkaitan masyarakat ataupun politik. Menyukai muzik yang agak keras, tetapi anda sering dianggap keluarga disebabkan sifat anda yang setia dan teguh pendirian.
Macam mana, ya? Ada yang betul tak dengan keperibadian anda? - CARI |