View: 3215|Reply: 12
|
Rambang Mata! Ada Gerai Apom Balik 48 Jenis Perisa, Mai Datang Penang
[Copy link]
|
|
Fuh apom balik! Kulit yang rangup dengan isi jagung dan kacang, sememangnya enak dimakan sebagai snek petang atau pada bila-bila masa yang anda suka.
Namun gerai di Relau, Pulau Pinang ini bukan hanya menjual apom balik biasa, malah terdapat 46 perisa unik lain yang anda boleh pilih dan rasa.
Menurut pemilik gerai Apom Balik Triple Q, Zulkefli Lailee telah menjual apom balik sejak dua tahun yang lalu dan cuba bereksperimentasi dengan pelbagai perisa untuk menarik perhatian pelanggan. Antara perisa yang boleh anda temui di sini ialah coklat, pisang, keju, sambal dan banyak lagi!
Foto: Worldofbuzz.com
Antara yang menjadi kegemaran dan laris di sini ialah Apom Balik Keju Meleleh. Sesuai untuk penggemar keju!
Foto: Worldofbuzz.com
Zulkefli berkata beliau mungkin akan menambah lebih banyak perisa pada masa akan datang. Gerai Apom Balik Triple Q sentiada dipenuhi pelanggan dan tidak hairanlah jika pelanggan sanggup berbaris untuk merasai sendiri keunikan apom balik di sini.
Foto: Worldofbuzz.com
Bagi anda yang teringin dan mahu cuba apom balik pelbagai perisa, bolehlah datang ke:
Cawangan pertama: Persiaran Bukit Jambul Satu. Dibuka setiap hari dari pukul 1 petang sehingga 7 petang. Ditutup pada hari Jumaat
Cawangan kedua: Lucky Eatery Food Court Centre. Dibuka setiap hari dari pukul 7 petang sehingga 12 tengah malam.
Foto: Worldofbuzz.com
Nak cuba apom balik carbonara cendawan? Datanglah ke gerai Apom Balik Triple Q! -CARI
Foto: Worldofbuzz.com |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pung yg datang
Iols tetap suka apam balik jagung campur butter.banyak.banyak |
|
|
|
|
|
|
|
dem..tengok ni terus laparrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaai kalu dpt mkn time2 hujan cmni di kala bulan mengambang pak ngah yg blk.... sruppppp |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak menarik weii mcm nk kena terai nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Cina pun beratur, maknanya it's good food sister! |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah gambar makanan keluar time mlm2buta nie{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
macam pizza thin crust
nak pi penang la, lagipun bulan depan nak gi tengok the sacred rianna kat ipoh. dekat dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
woww.terbaikk.1 hari mesti mau singgah |
|
|
|
|
|
|
| |
|