Dubai semakin giat mengembangkan destinasi pelancongannya. Antaranya, pembinaan tempat menarik untuk menggoda lebih ramai pelancong menikmati keindahan Timur Tengah. Kota yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu, kini memperkenalkan dua lagi daya tarikan.
Memetik Dream.co.id, salah satunya untuk pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Xline Dubai Marina merupakan permainan zipline sepanjang satu kilometer (km). Ia menghubungkan menara Amwaj di Jumeirah Beach Residence hingga ke Dubai Marina Mall. Kalau takut tinggi, tak payah naik!
Menaiki 'zipline' ala-ala terbang di angkasa Dubai
"Dubai masa kini tidak sama dengan Dubai 40 tahun lalu. Dubai yang dulu hanyalah padang pasir, sekarang ia telah jauh berkembang pesat.
"Kami ingin mengubah stigma pelancong yang melihat Dubai sebagai a-must-see-city menjadi a-must-experienced-city dengan menawarkan pelbagai daya tarikan baru pada 2018 ini," ujar Hoor Mohammad Noor Al Khaja, Pengurus Kanan Asia Pacific, International Operations Dubai Corporation of Tourism and Commerce Marketing (DCTCM).
Dubai Frame sedang dalam pembinaan ketika ini.
Beberapa daya tarikan baru yang ditawarkan pemerintah Dubai di antaranya, Dubai Frame. Ia terdiri daripada dua menara setinggi 150 meter, yang dihubungkan oleh jambatan kaca sepanjang 93 meter di bahagian atas.
Apabila naik di atas jambatan, para pengunjung dapat melihat pemandangan Dubai dari dua sisi. Landskap berupa kota tua untuk menggambarkan Dubai pada waktu dahulu dan Dubai masa kini.
Dubai Frame 'tarikan terbaru' yang pasti tidak mengecewakan
Foto: kanaltigapuluh
"elancong tidak perlu risau untuk berkunjung ke Dubai kerana kita menduduki tangga kedua sebagai negara teraman di dunia. Untuk masalah pakaian, tidak perlu harus tertutup, jika di pantai boleh mengenakan bikini, disesuaikan tempatnya saja," tambah Hoor.
Suasana indah mempesona pada malam hari
Foto: prestigedubai
Dubai ada duit hasil minyak, boleh menyediakan semua yang pelancong impikan. Cuma pelancong saha yang kena sediakan wang. Manalah tahu, mungkin ada rezeki dapat ke sana nanti, kan? - CARI
|