CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2072|Reply: 6

Dua Lelaki Tak Malu Ugut, Rampas Mountain Bike Remaja

[Copy link]
Post time 2-2-2018 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Penjenayah hari ini bukan sahaja sudah tidak takut melakukan jenayah di siang hari. Malah, segelintir daripada mereka dengan selamba melakukan jenayah walaupun ada orang di sekeliling mereka.


Memetik Mirror, dua lelaki dilaporkan tanpa segan silu mencuri sebuah basikal milik remaja lelaki di sebuah taman awam pada siang hari.


Difahamkan, basikal George Warner, 14, bernilai hampir RM2,500 (£450).








Menurut ibunya iaitu Nicola, George terkejut dan bersedih dengan kejadian yang sempat dirakam rakannya.


Mountain bike jenis Voodoo Hoodoo berwarna biru itu merupakan hadiah daripada datuknya sempena Krismas.


Nicola berkata kepada Leicester Mercury, kejadian berlaku pada Selasa selepas waktu persekolahan di mana suspek mengugut George dan rakannya sebelum merampas basikal mangsa.


Sebelum kejadian, George bersama lima rakannya ke taman itu selepas pulang dari sekolah.


"Basikal itu adalah hadiah Krismas daripada datuknya dan dia sangat sayangkannya.

"Saya tak percaya dan sangat marah. Bagaimana mereka (suspek) sanggup mengugut budak-budak dan merampas barang mereka begitu sahaja," katanya.




Foto: Mirror




Bagaimanapun, kesedihan George tidak lama kerana penduduk di kawasan kejiranannya di Bandar Braunstone, Leicestershire mengumpul dana untuk membelikan basikal baru untuknya.


Kes kini dalam siasatan dan polis dalam usaha mengesan suspek. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 03:15 PM | Show all posts
biasa la melayu.. mencuri je tau..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 10:01 PM | Show all posts
Bukan melayu kan?

England mari~
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 10:06 PM | Show all posts
nasib baik kat malaysia ni penyanggak tak tau nilai sebenar sebiji mountain bike tu..

ada yang sampai 15K, 4-7 K tu biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 3-2-2018 10:06 PM
nasib baik kat malaysia ni penyanggak tak tau nilai sebenar sebiji mountain bike tu..

ada ya ...

dah banyak kes mountion bike kena curi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 04:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-2-2018 03:15 PM
biasa la melayu.. mencuri je tau..

biasalah melayu memang malas membaca, baca tajuk jer/dengar kawan cakap/jiran ngumpat terus jer komen nak tunjuk pandai (walau bodoh melantun-lantun?).....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2018 04:24 PM | Show all posts
sulan01 replied at 5-2-2018 04:17 PM
biasalah melayu memang malas membaca, baca tajuk jer/dengar kawan cakap/jiran ngumpat terus jer ko ...

haah.. melayu memang gitu..
bukan macam kokesen..
kokesen bertamadun takde orang jahat..
tak gitu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.222077 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list