CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2615|Reply: 5

Rahsia Diet Dan Senaman Cara Cristiano Ronaldo. Kena Cuba Kalau Mahu Fit Dan Kac

[Copy link]
Post time 2-2-2018 02:51 PM | Show all posts |Read mode





Selain kehebatan Cristiano Ronaldo sebagai bintang bola sepak dunia, fizikal dan susuk tubuh milik pemain Real Madrid ini juga dikagumi peminat bina badan.

Malah Ronaldo juga dikatakan antara pemain paling cergas dan sentiasa berada pada tahap terbaik prestasinya.


Tiada pemain bola yang memberi sepenuh perhatian dan dedikasi pada kualiti fizikal seperti yang ditunjukkan Ronaldo.


Namun seperti kita semua, beliau bukan lahir dengan susuk tubuh badan yang cergas, segalanya juga memerlukan latihan dan diet pemakanan yang ketat.


Jom kita lihat 8 tips kecergasan yang dikongsikan beliau:


1.Bangun awal pagi
2.Sentiasa 'warm up' sebelum memulakan latihan bagi mengelakkan risiko kecederaan.
3.Mengamalkan diet dengan pengambilan protein tinggi untuk membantu merawat otot yang cedera, karbohidrat, buah, sayur dan elakkan makanan bergula.
4.Makan 6 kali sehari dalam kadar yang sedikit namun berulang. Ini meningkatkan tahap metabolisma.
5.Minum banyak air kosong.
6.Jaga Disiplin
7.Kekalkan kesihatan mental pada tahap terbaik.
8.Tidur yang mencukupi sebelum perlawanan.








Mari kita lihat pemakanan yang diambil Ronaldo setiap hari.


Sarapan: Bijirin, putih telur, jus
Makan Tengahari: Pasta, sayur hijau, kentang bakar, ayam dan salad
Minum Petang: Sandwich tuna dan jus
Makan Malam: Nasi yang dicampur bijirin (oat), dada ayam, kekacang dan buah








Apapun jenis senaman yang anda lakukan, apa yang paling penting ialah corak pemakanan kita.


Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu kita menjalani gaya hidup yang sihat seperti Ronaldo! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 03:34 PM | Show all posts
Tak laratlah nak makan 6 kali sehari. I makan 3 kali sehari je. Lebih pada tu perut dah tak mampu nak terima.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. Cukup lah asal BMI terkawal, xde penyakit.. Body nk cantik2 pon bukan ada org nk bayar juta2 mcm heols..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 09:44 AM | Show all posts
koseerlah.. heols kaya boley la private chef sediakan etc... rakyat marhaen mcm I dpat makan soto pagi, tgahari nasi ayam, malam makan buah jela mampooo..... itu pn semput nak maintain
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 09:56 AM | Show all posts
wah cara dia sama lah dengan Paz.

Ini mmg cara dietician sarankan. Yasss
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 07:55 AM | Show all posts
dulu keding jer ronaldo ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.509697 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list