Mahu atau tidak anda pasti akan menginap di bilik hotel, tidak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Mungkin kerana bekerja di luar kawasan, kenduri, pergi bercuti dan lain-lain lagi. Rasa seronok saja dapat bermalam di hotel yang kelihatan kemas dan dilengkapi segala keperluan?
Bagaimanapun, portal BeritaKopak.org mendedahkan 'sisi gelap' hotel.
1) Gelas
Foto: Sobranna.postimees.ee
Buat pengetahuan anda, gelas yang digunakan di hotel selalunya tidak dibersihkan seperti yang anda sangka. Bayangkan, gelas yang kelihatan bersih dan berkilat itu sebenarnya dibasuh menggunakan tuala kotor selain digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Bukan itu sahaja, ada sesetngah pihak hotel menggunakan penyembur pencuci tingkap supaya gelas kelihatan bersinar.
2) Cerek elektrik
Foto: Booking.com
Ada tukang cuci mengakui mereka kerap menemui kondom di dalam cerek di bilik hotel. Bukan itu sahaja, kaedah mencuci cerek tersebut juga agak menjijikkan. Mereka hanya akan membuang sisa kondom tersebut, kemudian sembur dengan pencuci dan bilas dengan air panas. Bagaimana? Masih ingin mengunakan cerek tersebut untuk memanaskan air? Pasti tidak!
3) Pintu hotel yang mudah dibuka
Foto: Exploresouthwestalberta.ca
Pintu di bilik hotel tidaklah selamat seperti disangka. Walaupun ia canggih, tetapi ia masih boleh dibuka orang lain. Tak mustahil orang luar pun boleh menceroboh bilik anda!
Foto: Haikudeck.com
Untuk memastikan keselamatan anda lebih terjamin, bawalah sendal pintu ketika anda menginap di bilik hotel kelak.
4) Jangan sesekali minum air paip
Foto: Northjersey.com
Air yang digunakan pihak hotel tidaklah sebersih mana. Kes anak kecil mengalami cirit-birit selepas balik dari hotel adalah perkara biasa. Sebaiknya, minumlah air mineral apabila anda dahaga.
5) Elakkan bersandar di tingkap bilik
Foto: Surripui.net
Awas! Tingkap di bilik hotel anda selalunya tidak disenggara dengan teliti. Ada sahaja kes tetamu terjatuh akibat bersandar di tingkap hotel setiap bulan di seluruh dunia. Jangan sangka semua hotel mewah mempunyai tahap keselamatan yang ketat ya! Berwaspadalah sebelum terkena.
Pun begitu, segala permasalahan ni bukanlah berlaku di semua hotel. Cuma, bagi yang mementingkan keselamatan dan kebersihan yang tinggi, info ini mungkin berguna untuk anda. - CARI |