View: 1599|Reply: 7
|
Janda Dalang Pecah Tabung Masjid Demi Dadah
[Copy link]
|
|
Janda berusia 32 tahun dipercayai menjadi dalang kumpulan pecah tabung masjid di sekitar negeri ini dikenali sebagai Geng Siti Jeram.
Memetik BH Online, wanita itu bersama dua lagi suspek ditahan iaitu anak lelakinya berusia 13 tahun dan seorang lagi remaja berusia 20 tahun.
Mereka ditahan di kediamannya di Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka, pada jam 2 pagi, 2 Februari lalu dalam keadaan 'lalok' selepas hampir empat jam memecah tabung sebuah masjid di daerah Alor Gajah.
"Tindakan pantas AJK masjid (Masjid Ar-Rahman, Rantau Panjang) yang segera membuat laporan dan membawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) banyak membantu polis menyelesaikan kes ini dalam tempoh segera," kata Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan.
Foto: Astro AWANI
Menerusi rakaman CCTV, wanita itu menunggu di dalam kereta PERODUA Viva sementara anaknya bersama rakan memecah tabung masjid terbabit, kira-kira jam 10.20 malam, 1 Februari.
"olis percaya, mereka terbabit dengan beberapa lagi kejadian sama.
"emeriksaan juga mendapati, semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan melakukan kegiatan itu untuk tujuan membeli bekalan dadah," katanya.
Hasil soal siasat membawa kepada penangkapan seorang lelaki menggunakan nama Abu Hafiz, 27, dipercayai turut terbabit dalam kejadian pecah tabung lima masjid di sekitar Masjid Tanah.
Siasatan masih dijalankan bagi mengaitkan keempat-empat suspek dengan laporan kes pecah tabung masjid di negeri ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kelas kau janda.. tak lupa anak2 kau, kau bawa juga depa mereput dgn kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anaknya 13 tahun tu mendadih juga ke |
|
|
|
|
|
|
|
Isele hina isele |
|
|
|
|
|
|
|
laki 20 an tu pakwe ke ape? |
|
|
|
|
|
|
| |
|