View: 1665|Reply: 12
|
Disangka Amal Sihir, Lelaki 'Sembelih' Nenek Tiri
[Copy link]
|
|
Lelaki penghidap masalah mental 'paranoid schizophrenia' mengelar leher nenek tirinya kerana menyangka mangsa seorang 'perempuan sihir'.
Portal Metro melaporkan, Jonathan Griffiths, 23, mengaku bersalah membunuh Janice Griffiths, 59, di kediaman mereka di Taff’s Well berhampiran Cardiff pada 12 Jun 2017.
Mangsa yang juga dikenali sebagai Rose merupakan penjaga Jonathan yang sah dan membesarkannya sejak dia bayi lagi.
Hakim Eleri Rees berkata, ia merupakan sebuah insiden tragis kerana mangsa maut di tangan lelaki yang 'ditatangnya bagai minyak yang penuh'.
Pendakwa raya Michael Jones QC berkata, sebelum kejadian tukang pasang karpet Dennis Martin Jones yang tiba untuk memasang karpet berasa tidak selesa dengan sikap pelik ditunjukkan Jonathan.
Dennis kemudian cuba membantu selepas terdengar mangsa menjerit meminta bantuan apabila diserang cucunya ketika sedang duduk di atas sofa.
Rose meminta Dennis menghubungi talian kecemasan selepas tertuduh mengelar lehernya dengan pisau sepanjang 18.7 sentimeter.
Foto: Metro
Tertuduh bergelut dengan Dennis yang cuba menariknya daripada mangsa dan meneruskan serangannya dengan memulas leher mangsa seolah-olah cuba mematahkannya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Wales di Cardiff dengan ambulans udara, namun meninggal dunia keesokannya akibat kecederaan serius pada otak.
Ketika ditahan, Jonathan yang didakwa mengalami halusinasi dan menggumamkan petikan dari Bible memberitahu anggota polis bahawa dia mahu 'memenggal' kepala mangsa kerana 'mengamalkan sihir'.
Jonathan kini ditahan di Hospital Ashworth, Liverpool. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh ginger!! |
|
|
|
|
|
|
|
ini amat menyedihkan dan menakotkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kuss semangat....nasib baik kat luar negeri.....
aku ingatkn kat N9 le tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
mental illness.. kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah kokesen masih ada yg purrcaya sihir?? ingatkan kat thailand ala2 cerita hantu cikgu makan daging anak murid yg menyihir nya. . |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana2 negara dan bangsa sama je ada je yang jenis gila isim dan sanggup bertindak kejam cam dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berlaku di zaman dahulu ... Darjat beliau akan di angkat |
|
|
|
|
|
|
|
menjadi nabi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya...& takziah to keluarga mereka {:question |
|
|
|
|
|
|
|
Plot twist, sbenarnye betul. Klu tgk movie, biasenye kes2 cmni end up yg pembunuh tu yg giler sbb no one x prcaya sihir tu wujud hahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 14-2-2018 09:02 PM
ummah kokesen masih ada yg purrcaya sihir?? ingatkan kat thailand ala2 cerita hantu cikgu makan dagi ...
Deyols lagi taksub dengan witchcraft segala ni. Tu belum kira ummah yang sembah syaiton, literally. |
|
|
|
|
|
|
| |
|