Gara-gara terlalu obses dengan Marilyn Monroe, lelaki ini sanggup menghabiskan 5000 Britih Pound (RM27,300) untuk membuat suntikan Botox dan Filler pada bahagian bibir untuk kelihatan persis selebriti tersebut. Kegilaan apakah ini?
Kerana keghairahannya itu, dia telah mengambil beberapa suntikan lebih dari yang sepatutnya bagi mendapatkan kesan yang cepat dan ketara. Hasilnya, Cyril Roux mulai merasa kesakitan dan bibirnya mengembang hampir menyamai kedudukan hidung. Aduh! Ngeri tengok gambar di Instagramnya (IG).
Sebelum
Selepas
Kenapa nak diubah ciptaan yang sedia ada elok itu? Kacak orangnya, tapi sayang dia menyeksa diri sendiri. Menurut Roux, dia merasakan penampilannya teruk sejak dari kecil dan nekad membuat suntikan Botox pada wajah dan bibir untuk kelihatan seksi.
Setiap kali memakai lipstik dengan bibir yang seksi, dia akan memuat naik gambar di IG dan itulah kepuasan yang dia idam-idamkan selama ini.
Akhirnya, keghaiarahan itu memakan diri apabila doktor yang merawat mengesahkan bibirnya perlu dibedah dan disuntik kembali untuk mengurangkan kesakitan dialaminya.
Malah doktor juga terkejut dengan jumlah suntikan yang diambil melebihi tahap normal menyebabkan tisu bibirnya pecah.
Roux menyapu krim untuk mengurangkan rekahan
Foto: Mirror
Inilah yang dikatakan tiada penyakit, cari penyakit. Tak pasal-pasal saja berhabis duit untuk perkara sia-sia. Nak cantik pun, banyak lagi caranya kan? - CARI |